Wednesday, October 27, 2010

MOGA BERJAYA

"ha? aman nak sambung ngaji kat mesia".

"bancik tak pa, bancik ngaji la kat sana lagi. ngaji sampai habis dulu baru balik."

"bancik ok ja kat sini, sentiasa positif. hahaha!"


Tak dak apa yang nak ditulis. Aman pon dah buat keputusan untuk sambung di insaniah. Moga berjaya!

Balik dari yaman tinggalkan kenangan yang banyak.

Tinggalkan rumah.

Tinggalkan ikhwah di sini.

Tinggalkan jamiah eman.

Yang best sekali tinggalkan kitab kat bancik. Memang seronok sangat(hahaha...). Tinggal bancik sorang2 kat sini. Tapi bancik ok ja. Cuma berharap dan berdoa semoga ada kebaikan daripada hijrah ini.



Pasti semua orang akan menjumpai kebaikan pada dirinya apabila ia mencari. Mungkin ia menjumpai ketika zaman remaja, ada yang waktu tua. Begitu juga jika mungkin kebaikan kita tidak terserlah apabila berada bukan pada tempatnya. Namun, semuanya ada kebaikan.

Bukankah Allah telah menetapkan segalanya. Semuanya telah ditulis. Cuma kita yang perlu mencari kebaikan yang telah ditetapkan.

Bancik doakan aman sentiasa thabat dan ikhlas dalam menuntut ilmu dan amal. Walau apa keputusan, islam tetap di hati kita semua sebagai keluarga dakwah! Perhitungan kita di akhirat. Biar terjatuh sekali di dunia. Kemudian bangun semula untuk perjalanan ke akhirat!

Doa bancik! EXAM LAST MINGGU DEPAN!

Friday, October 22, 2010

ISI MASAMU

Tak tau nak buat apa?

Banyak perkara yang kita dapat buat apabila kita tak dak kerja. Tapi bagi orang yang tidak tahu tentang amalan-amalan sunat dalam Islam mungkin mengeluh dan berfikir bahwa ada waktu yang terbuang sia-sia.

Sebenarnya banyak amalan-amalan sunat yang boleh diperbanyakkan terutama dengan membaca al-quran. Kat sini aku sertakan sikit hadis tentang fadilat beberapa surah yang lazim dibaca setiap hari. Juga boleh jadi bekalan dunia akhirat.



Sama-sama beramal kerana surah-surah ini perlu dibaca setiap hari. Ia juga adalah wirid bacaan ikhwan.

1-
“Jantung al quran adalah surah yasin, tidaklah seseorang membacanya semata-mata inginkan redha Allah dan akhirat kecuali Allah akan mengampuninya…” (ahmad, abu daud dan nasai)


2-
“Barangsiapa membaca surah tabarak(al mulk) setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari azab kubur.” (nasai)


3-
“Barangsiapa membaca surah ad dukhan setiap malam, maka pada pagi harinya ada tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan untuknya.” (termizi)


Biar tiga surah ini menjadi hijab kita dengan neraka Allah SWT. Beramallah sebelum mati!

Monday, October 11, 2010

MANHAJ TARBIAH ANAK

1- Memilih isteri yang solehah

Ulamak tarbiyah menyatakan: “Wajib bagi seorang ayah menjaga anaknya sebelum anak itu dilahirkan. Inilah yang diajarkan oleh islam dengan memilih calon isteri yang baik. Kerana wanita yang bertunang sekarang ialah isteri pada esok dan akan menjadi ibu pada masa hadapan. Pendidik anak dan generasi. Ibu adalah sekolah pertama bagi seorang anak. Menyusukan adab dan tarbiah bersama susu badan dan makanan harian."

Nabi SAW bersabda:



“Pilihlah(wanita yang baik agamanyadan nasabnya) untuk asal kamu(yang baik). - ibnu majah

Dalam syarah sunan ibnu majah: “ Pilihlah wanita yang mempunyai agama, kebaikan dan keturunan yang mulia supaya wanita itu bukan anak zina kerana ini adalah keburukan yang akan memberi kesan kepada anak…”


2- Penjagaan anak dari kecil.

Semua ini termasuk sudut pemakanan, minuman, tubuh badan dan pakaian supaya dapat melahirkan akal yang baik, tubuh yang sihat dan pancaindera yang selamat. Akal yang sihat aka nada pada tubuh badan yang sihat.

Nabi SAW:




“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah SWT daripada mukmin yang lemah dan pada semuanya kebaikan”. - muslim


3- Hafalan al quran

Perlu bermula dari kecil kerana inilah yang akan membentuk suluk dan khuluk, menjaga lidah, menetapkan aqidah dan menjamin masa depan sebagai remaja.

Nabi SAW bersabda:

“Bentuklah anak anakmu dengan tiga perkara. Cintakan nabi,ahli bait dan membaca al quran. Sesungguhnya orang yang berpegang dengan al-quran akan berada di bawah naungan Allah di hari kiamat. Hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungannya dan akan bersama para anbiya’dan orang yang terpilih”. -fathul kabir/dhoif


Nabi SAW juga bersabda:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al quran dan mengajarkannya”. -bukhari


4- Membiasakan dengan ibadat

Biasakan anak anak dengan masjid dan menunaikan solat samada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja. Melatih anak-anak dengan ibadat puasa dan bersedekah, berbaik dengan jiran, menolong yang lemah dan menghormati orang tua dan muda.

Nabi SAW bersabda:

“Ajarlah anak-anakmu menunaikan solat ketika mereka tujuh tahun, pukullah(apabila mereka meninggalkan solat) mereka ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” -tarmizi



5- Mengenalkan dengan halal haram

Perlaksanaannya ialah dengan pengajian, mengaitkan dengan carita-cerita tarikh islam, member contoh yang hidup, bacaan-bacaan yang membina dan menambah pengetahuan bersama-sama praktikal untuk membina dalam diri anak gambaran yang lengkap dan benar tentang islam.

Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membela 3 orang anak perempuan lalu mendidiknya, mengahwinkannya dan berbuat baik kepada mereka. Baginya syurga.” -abu daud