Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Gelagat keluargadakwah 2010-11^_^

~~ atomen adulah~~

~~muhammad al-fatih~~

~~mamad kat dapur~~

~~ijtima' keluarga Az-Zubaidi al-yamani~~

~~amad yang happy~~

~~aisyah sakinah:)~~

~~abdullah tiyak~~

~~tunjuk hero bley~~

~~bangah,baba n tufai~~

~~yusoff~~

~~mamad duk ghenyih~~

~~man in green~~

~~k.tasnim,epah,mama n anah~~

~~mama n baba~~

~~mamad n adulah tuang bedak!!~~

~~kat ghumah tok~~

~~rindu tok~~

~~tengok apakah itu??~~

~~muhammad dengan kete legonya~~

~~baba yang macho~~

~~eksen kamen dengan otomen teloq~~

~~gheja men game bola=p~~

~~ muhammad al-fatIAH..hik2~~

~~enun n muhammad~~

~~epah n anah~~


salam semua:)

dah bersawang blog keluarga.phewh....fuuh..fuhh..(mode:tiup sawang).huhu..

apa khabar semua?? bancik kat yamen??ape cite??nanti letak la gambar bancik kat sana tuu...

saja aku letak la gambar ni...tuk tatapan semua.(daripada takdak org post lansung)..huhu..

k lah,,semoga terhibur..komen jangan tak komen=p

p/s: doakan aku n pipah n aman....kami nak exam!!

DOAKAN MAMA,BABA dan SEMUA^_^

sekian..sAyOnArA~~~

Sunday, April 4, 2010

Harapan Ibu Ayah

ssalamualaikum semua...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Tak tahu apakah perasaan ini...
Cuma ingin mengucapkan rasa syukur pada Allah...
Yang menemukan aku dengan tarbiyah yang benar-benar indah...

Dulu baba selalu pesan, tapi aku tutup telinga ja...
Mama pun pesan...
Tapi aku tak menyesal sebab tak dengar cakap tu...
Tapi aku bersyukur...
Banyak hikmah, banyak pengalaman dan banyak ujian juga...
Disebalik tu ada nikmat yang tak terhingga...

Ni aku ada buat satu video...
untuk tatapan semua...
Saja2 teringat kat semua...


Gambar dalam ni semua gambar kita-kita, kecuali "ketam"... huhu
Ok, sapa ada apa2 masukan, boleh komen...hehe...


Saturday, January 2, 2010

[2 Jan] Selamat Hari Lahir Bancik!

Assalamualaikum...


Bancik, kaifahal? Moga sihat sentiasa... Aman dah samapi sana kan? Alhamdulillah...

Di kesempatan ini, kami di Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Bancik di Yaman. Moga dikuatkan Iman dan Amal. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat bancik dan aman di sana.

Moga kesabaran kalian di sana menjadi ibrah dan menguatkan ghirah dalam perjuangan kami di sini.

~~renungan~~



ikhlas,
ainul sekeluarga

Thursday, December 24, 2009

Hari Kemenangan - Pernikahan dan PMR!

Alhamdulillah, setelah masa berlalu, peristiwa demi peristiwa juga berlalu dengan izin Yang Maha Esa. Lama blog ini terbiar. Mungkin kerana layout yang dullllllll.... (Nanti thufail tukar yang ceria2 sikit!!!)


Tanggal 12 December 2009, aman telah menamatkan zaman "jahiliyahnya" dengan menikahi seorang insan bertuah. Alhamdulillah.


~~ cool ~~


Kemudian, keesokan harinya, walimah di Cheras berlangsung. Best, alhamdulillah ramai sangat rombongan yang pergi meraikan hari kemenangan tersebut. Nak jadi cerita, aku, ipah, abdullah, muhammad dan k.tasnim naik kereta dengan bangah. Tengah jalan kereta berasap. Melepas berarak dengan pengantin. Tapi! itu semua perancangan Allah. Syukur sangat ketika kereta tersadai tepi jalan, tak sampai 5 minit makngah dan pakngah ternampak kami dan berhenti juga. kemudian, tak sampai 5 minit lagi datang "pomen", mungkin kebetulan dia lalu di situ.

Majlis makan dan bergambar bejalan dengan baik, Alhamdulillah...

~~ Tak dak pula gambar di Cheras... Nantilah Upload ~~


Kemudian sibuk pula dengan persiapan di Kedah.







Seperti biasa walimah berlangsung di sekolah al-azhar. Bangah tetiba ja jadi photographer tak di undang. Gambar belum siap. Tak boleh nak upload lagi!

Ok, baiklah...

Harini 24.12.2009

Alhamdulillah Result PMR dah keluar. Ketaq lutut tufail... haha...

Nak dijadikan cerita lagi, Thufail call rumah menyatakan kesedihan mendapat 7A dan Fail subjek Sains. Aku mati-mati percaya sebab dia buat suara sedih. Aku pun habaq la kat ipah. Tup tup dia call balik, habaq dia dapat 9A! Tension!

Sujud syukur....

Mungkin itu saja yang sempat dirakamkan dalam tulisan kali ini.

Balong dengan bancik camna kat sana?


Sunday, October 25, 2009

Gambar untuk Dikongsi, Komen Jangan tak Komen

Salam sume... Maaf sebab lama tak update blog ni. okeh, ni khas buat anah dan semua...
















ni ganbar2 terbaru... ada lg baru, muhammad dah boleh duduk.

Wednesday, August 12, 2009

Cerita Lama

Bismillah walhamdulillah... Harap-harap tulisan ni tak menyinggung mana-mana pihak... Jangan dok begaduh sudah... hahah

Sebenarnya teringat nak tulih bila bancik cakap ada yg kena ikat kat pokok tu...huhu...

Kalau kisah aku dengan aman... huh... Main badminton elok dah kat Kg. Pulau Nyiur... Pastu, bulu ayam jatuh kat tengah, begaduh suruh aman amik, aman suruh aku amik. Naik geram la aku, dia dok ejek2, pastu apa lagi, raket aku yang mama baru beli petang tu, aku hentam aman sampai patah raket. Haha... Mengamuk satu kampung la aman tu...

Masuk rumah, dia amik pisau, ligan aku. ahha... nasib baik aku lari laju... last-last aman gak kena marah... sori la aman... nama pon cita lama... dah lepas lama dah... ehhe... saja-saja cita balik. Sapa-sapa ada cerita lagi, cerita la... huhu

Monday, August 10, 2009

Muhammad dan Abdullah dah besaq dah...

Ni picture terbaru muhammad dan abdullah, khas buat makcik dan akcik depa..ehehe...

 
Abdullah *cumell
Muhammad, aksi makan kaki...

Monday, June 15, 2009

Anah Masuk Hospital

Cemas!

Anak dikejarkan ke Hospital Serdang lepas darahya terlalu rendah setelah drip 4 botol di hospital pakar annur. Ketika di bahagian kecemasan, aku tengok tekanan darah anah 100/16. Rendah sangat.

Semua dok doa kat anah masa tu. Mama naik flight pg esok tu dengan bangah.

Skang ipah tengah jaga anah di hospital. Demam turun naik. Aku kat umah maksu qamariah ni. esok nak pi kat anah lg skali, bru balik gombak. Mama dah balik kedah. Gheja...

Bangah still di bangi sampai anah kuar hospital... Doa2 kat anah semoga cepat sembuh. Nanti akan dimasukkan gambar2 anah bangah dan ipah yang gembira2 kat hospital... huhu... =)

Friday, June 5, 2009

Hepi Bzday Mama

Bismillah walhamdulillah...

29 Mei, hari lahir mama. 30 Mei, baru kami beli kek untuk mama (mama yang belikan). Tapi kan, mama kata, takdak pon anak-anak sms dan ingat bzday mama... hehe... mama tak sedey pon.

Selamat Hari Lahir M.A.M.A
______________________
Haritu jumpa cicit tok ndak, nama Ahmad Humaidi. Lahir 29 Mac 2009, sama bezday dengan Muhammad. 

Saturday, May 30, 2009

Akad Nikah: Fahmi dan Aliya

Huh!!
 
*alhamdulillah*

 Fahmee (26) dan Aliya (19)
Waahh, muda betul... ehhe, sama umo dengan aku la masa nikah... Kenduri anak DR AZINZAN era edar ni memang meriah. Memandangkan rumahnya yang selesa, maka ramailah yang menyibuk untuk berfoto... huhu
Gambar atas: Muhammad memang suka main dengan paksu dia, haha
Gambar bawah: Abdullah macam bersosial la, pastu buat kakak baju hitam tu nangis. iskisk

Thursday, May 28, 2009

Mama di Sarawak

 
 Mama seronok nampak...
Ni gambar mama ke sarawak. Nanti mama akan ke Brunei dengan Ipah. Doakan mama... =)

Monday, April 13, 2009

Muhammad Al-Fatih

Muhammad (6 hari)

Alhamdulillah, berkat usaha semua, nama dipilih adalah Muhammad Al-Fatih bin Muhammad Bukhori. Walaupun Muhammad bukan 'pembuka' (sepatutnya Abdullah yang 'pembuka'), mudah-mudahan Muhammad bakal menjadi seorang pejuang, mujahid sepanjang zaman... insyaAllah... Mohon doa semua...

Thursday, April 2, 2009

Selamat Melahirkan

Umur: 4 hari

Alhamdulillah adik abdullah selamat dilahirkan pada 29 Mac 2009 (sama besday dengan bang tam). Jam 7.48 malam, adik abdullah disambut oleh Dr Rosliza di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Masuk labour room jam 5.30 petang. Alhamdulillah sakit tak lama. Sebenarnya doktor lain yang patutnya sambut, tapi macam biasa, masa dia pi round dengan student2, tetiba baby dah nak keluar. Jadi, berlari-larianlah doktor yang ada berdekatan situ. Siap suruh aku tahan2 dulu, jangan keluaq lagi. hehe...

Nasib baik Bukhori ada kat situ, dia yang pi panggil nurse dan doktor kat situ.

Esok tengah hari tu dah keluar wad. Semuanya OK! Alhamdulillah. Sekarang alhamdulillah dah recover dalam 70%. Luka 1st degree saja. Minta doa semua agar dimudahkan pengurusan mendidik 2 orang anak... =)

Tuesday, March 17, 2009

Imam Masjid Nabawi?

SIAPAKAH IMAM ITU...???
YANG DOK GHUMAH TU, TUNJUK GAMBAQ NI KAT MAMA BABA, SEJUK HATI MAMA BABA... =)

Banjir dan Surut

Smalam air naik di rumah di gombak. Abdullah main la air banjir tu. Apa lagi. Tapi dalam kawasan rumah ja. sampai akhirnya dia lah yang membersihkan segala lumpur yang ada. Daripada sebelum banjir, sehingga air surut. Suka wat kerja-kerja sukarela camni. Bagus-bagus.. eheh

Apa pon, air belum sempat masuk rumah. Kalau nampak yang basah-basah dalam rumah tu, semuanya angkara Abdullah Umar yang percik-percikkan air dalam rumah. Alhamdulillah, Abdullah tidak demam dan cirit-birit lepas main hujan. Kira-kira sudah hampir setahun Abdullah tak merasai demam. Demam terakhir haritu pada bulan Julai 2008. Doakan kami yea.... =)