Friday, October 22, 2010

ISI MASAMU

Tak tau nak buat apa?

Banyak perkara yang kita dapat buat apabila kita tak dak kerja. Tapi bagi orang yang tidak tahu tentang amalan-amalan sunat dalam Islam mungkin mengeluh dan berfikir bahwa ada waktu yang terbuang sia-sia.

Sebenarnya banyak amalan-amalan sunat yang boleh diperbanyakkan terutama dengan membaca al-quran. Kat sini aku sertakan sikit hadis tentang fadilat beberapa surah yang lazim dibaca setiap hari. Juga boleh jadi bekalan dunia akhirat.



Sama-sama beramal kerana surah-surah ini perlu dibaca setiap hari. Ia juga adalah wirid bacaan ikhwan.

1-
“Jantung al quran adalah surah yasin, tidaklah seseorang membacanya semata-mata inginkan redha Allah dan akhirat kecuali Allah akan mengampuninya…” (ahmad, abu daud dan nasai)


2-
“Barangsiapa membaca surah tabarak(al mulk) setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari azab kubur.” (nasai)


3-
“Barangsiapa membaca surah ad dukhan setiap malam, maka pada pagi harinya ada tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan untuknya.” (termizi)


Biar tiga surah ini menjadi hijab kita dengan neraka Allah SWT. Beramallah sebelum mati!

Monday, October 11, 2010

MANHAJ TARBIAH ANAK

1- Memilih isteri yang solehah

Ulamak tarbiyah menyatakan: “Wajib bagi seorang ayah menjaga anaknya sebelum anak itu dilahirkan. Inilah yang diajarkan oleh islam dengan memilih calon isteri yang baik. Kerana wanita yang bertunang sekarang ialah isteri pada esok dan akan menjadi ibu pada masa hadapan. Pendidik anak dan generasi. Ibu adalah sekolah pertama bagi seorang anak. Menyusukan adab dan tarbiah bersama susu badan dan makanan harian."

Nabi SAW bersabda:



“Pilihlah(wanita yang baik agamanyadan nasabnya) untuk asal kamu(yang baik). - ibnu majah

Dalam syarah sunan ibnu majah: “ Pilihlah wanita yang mempunyai agama, kebaikan dan keturunan yang mulia supaya wanita itu bukan anak zina kerana ini adalah keburukan yang akan memberi kesan kepada anak…”


2- Penjagaan anak dari kecil.

Semua ini termasuk sudut pemakanan, minuman, tubuh badan dan pakaian supaya dapat melahirkan akal yang baik, tubuh yang sihat dan pancaindera yang selamat. Akal yang sihat aka nada pada tubuh badan yang sihat.

Nabi SAW:




“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah SWT daripada mukmin yang lemah dan pada semuanya kebaikan”. - muslim


3- Hafalan al quran

Perlu bermula dari kecil kerana inilah yang akan membentuk suluk dan khuluk, menjaga lidah, menetapkan aqidah dan menjamin masa depan sebagai remaja.

Nabi SAW bersabda:

“Bentuklah anak anakmu dengan tiga perkara. Cintakan nabi,ahli bait dan membaca al quran. Sesungguhnya orang yang berpegang dengan al-quran akan berada di bawah naungan Allah di hari kiamat. Hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungannya dan akan bersama para anbiya’dan orang yang terpilih”. -fathul kabir/dhoif


Nabi SAW juga bersabda:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al quran dan mengajarkannya”. -bukhari


4- Membiasakan dengan ibadat

Biasakan anak anak dengan masjid dan menunaikan solat samada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja. Melatih anak-anak dengan ibadat puasa dan bersedekah, berbaik dengan jiran, menolong yang lemah dan menghormati orang tua dan muda.

Nabi SAW bersabda:

“Ajarlah anak-anakmu menunaikan solat ketika mereka tujuh tahun, pukullah(apabila mereka meninggalkan solat) mereka ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” -tarmizi



5- Mengenalkan dengan halal haram

Perlaksanaannya ialah dengan pengajian, mengaitkan dengan carita-cerita tarikh islam, member contoh yang hidup, bacaan-bacaan yang membina dan menambah pengetahuan bersama-sama praktikal untuk membina dalam diri anak gambaran yang lengkap dan benar tentang islam.

Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membela 3 orang anak perempuan lalu mendidiknya, mengahwinkannya dan berbuat baik kepada mereka. Baginya syurga.” -abu daud

Friday, September 17, 2010

Hari Raya 2010

Assalamualaikum WBT, sebelum blog ini bersarang, lebih baik aku update.

Raya kali ni, balong dengan bangah balik. Seronok sangat2. Aku raya di KL sampai Raya ke 3. Pastu terus balik sini sebab ada Open House. Macam biasa baba akan buat LakSa yang sedap. Sampai hari ni laksa ada lagi... hehe, percaya x? tak percaya sudah...



Lepas tu raya keempat ada alumni al-azhar. Seronok sangat. Walaupun aku bukan alumni sekolah alazhar, tapi pi jugak. Saja nak jumpa yang mana kenai... =)

Alumni SRAZ, antara yang hadir
 Dah la, tak larat nak bubuh gambaq. Internet slow skit...

Tuesday, August 17, 2010

kenangan bersama tufail




Wednesday, August 4, 2010

ApBiLa ExaM daN BeRitA~~

Salam semua...bertemu kembali...=)
Alhamdulillah...baru lepas exam tuk paper hadis tadi...dan dapat juga luangkan masa sekejap untuk post dalam blog keluargadakwah ni...huu

Apa2 pun...aku nak minta semua tolong doakan kat epah...die kat hospital annur...pagi tadi dengar macam teruk denggi dia...skrang dah ok kot....stabil la sikit..malam ni pukul 9 mama n baba nak p KL naik flight..nak p jenguk pipah.ok..stakat ni saja perkembangan tentang pipah....sori..tak dan nak tuleh banyak2...esok ada lagi satu paper...doakan aku sama ya..(^_^)..
nanti lepas exam aku post banyak2 insyaAllah....ngee~

OK...SALAM SAYANG buat abg2,,balong,bangah,bancik,aman, kak asiah..tufai yang berada kat INDONESIA n YAMEN dan tak lupa mama..baba..enun,kak tasnim n kak pipah kat MALAYSIA......n EPAH kat SPITAL ANNUR(",)....

p/s: epah..gambaq tuk hang...(^_*)

~anah~

Tuesday, July 27, 2010

yaman


Friday, May 28, 2010

Biar semua berdakwah!

Seronok sekali apabila mendengar khabar adik beradik. Biar yang kecil sampai banglong.
Mendengar perubahan-perubahan berlaku hari demi hari yang menjadi sumber semangat untuk terus memperjuangkan islam.


Apa tidaknya setelah mendapat tahu semua mampu memberi manfaat kepada manusia lain dan bergabung dalam gerakan dakwah islam.


"orang paling baik ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain." sabda nabi


Biar apa pun kerja dan keadaan, dakwah seolah-olah tugas utama yang difikirkan.

Tidak ada yang lebih baik selain apabila kita memikirkan tentang orang lain. Kita bukan dilahirkan untuk diri sendiri dan masuk syurga seorang diri.


Biar semua menjadi mujahid dan bercita-cita mati syahid.

"bancik, aku tengah bincang dengan kawan utk program kami kt sini."


"apa tajuk yang sesuai untuk program remaja zaman sekarang?"


"camana nk terang kat depa yg tak nak ikut tarbiyah?..."


Soalan soalan inilah yg menerangkn sejauhmana kita berfikir tentang tanggungjawab berat ini.


Semoga allah memberi ganjaran dengan apa yang kita lakukan.


Tiada kekuatan melainkan semuanya dari allah!


Ya ikhwati,

Teruskan menyumbang untuk islam sedaya upaya walaupun sedikit.
Pernahkah kita dengar pepatah yang berbunyi:

"Biar amal yang kecil dibesarkan dengan niat. Jangan amal yg besar dikecilkan pula oleh niat".


*utk muhasabah diri ja..