Wednesday, December 1, 2010

KELEBIHAN BERBEZA

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.

Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua.

Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ??

Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf.

Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian,

Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ??

Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan.

Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.



Sampan terus bergerak. Tiba-tiba, sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.

Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Tenyata sampan itu akan tenggelam !!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya.

Pendayung sampan : Tuan! tuan pandai berenang ??

Profesor : Er, er, saya tidak tahu berenang. (panik)

Pendayung sampan : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!.

.......................

PENGAJARAN:

1. Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tiada manusia yang bodoh, yang ada hanya kepandaian yang berbeza.

2.Jangan memandang rendah pada kemampuan orang lain.

3. Kautlah seberapa banyak ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman adalah suatu yang berbeza.

4. Kita perlu sesuaikan kelebihan seseorang kena pada tempatnya. Jangan nak samakan semua dalam satu tugas.

Tuesday, November 16, 2010

NASIHAT UNTUK SEMUA

Hati bukan peti
Hanya menyimpan sehingga mati
Tapi ia perlu tempat untuk diluah
Agar dapat diisi semula

Akal untuk berfikir
Jangan belenggu ia dengan rantai
Apabila dapat bezakan baik buruk
Cukuplah baginya untuk mengerti

Tidak guna ilmu tanpa amal
Ibarat pedang yang hanya disendeng
Apabila melihat musuh di hadapan
Hati gentar tidak terkawal

Jika masa depan telah ditetentukan
Biarlah ia daripada tuhan
Jangan gelapkan dengan sesuatu
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berguguran


Manusia hanya mengatur
Tuhan akan menetapkan segalanya
Jika kita terlalu merancang tanpa menyerah kepada tuhan
hati sendiri akan berbicara

Wednesday, November 3, 2010

AKU DI MANA?

Baru ja dengar tentang penangkapan seorang pelajar perempuan university sana’a yang ditangkap kerana nombor telefonnya tertulis pada bungkusan yang dihantar daripada yaman ke amerika syarikat. Selepas dapat membuktikan yang dia tak bersalah. Beliau pun dibebaskan. Dikatakan bahawa orang yang menghantar bom tersebut masih berada di Yaman. Kedutaan pun keluarkan arahan melalui persatuan di sini supaya jangan suka-suka keluar malam sebab pemeriksaan banyak dijalankan di luar.

…………..dalam masa yang sama…………………………….

“Bancik, doa kat kami di sini. Banjir teruk kat jitra!!!..”

“Kami baru ja balik angkat barang kat klinik. Huh…Nasib baik sempat.”

“Sekolah al azhar cuti sampai hari ahad sebab tak dak jalan nak pi sekolah.”



Dalam masa yang sama letusan gunung berapi di Indonesia yang menakutkan ramai orang di situ. Macam-macam yang berlaku.

Ramai orang kata jangan pergi ke yaman. Bahaya dengan keadaan dan berita-berita letupan kat sana. Takut laaaa…

Kalau kita renung balik. Semua tempat ada musibah dan ujian. Cuma berlainan bentuk dan sifat. Tak perlu nak lari sebenarnya. Jika kita takut dengan keadaan sekeliling, maka kita tak akan dapat berubah dan akan terus berlari dari masalah dan ujian.

Bukan apa sebenarnya. Sebab ramai orang yang takut nak hantar anak mai mengaji di yaman sebab takut dengan berita-berita luar negara. Tapi, bila kita yang tinggal kat sini tak rasa apa-apa kejutan pon. Alhamdulillah. Rasa keadaan seperti biasa ja. Mungkin berita tu yang tulis lebih-lebih.

Banjir yang berlaku pun bila dengar. Ya allah! Memang seram. Air yang naik tinggi menambah mangsa banjir sehingga beribu-ribu. Tapi bila tanya dok buat apa?......sempat lagi rehat dan tidoq dan tengok tv, sempat lagi main internet walaupun dikelilingi air dan jiran yang masih dalam kesusahan. Teruk sangat ka macam tu?

apa pon yang berlaku kita kembali dan hanya berserah kepada Allah SWT. banjir kali ini mungkin sebagai peringatan kepada kita untuk lebih bersedia dengan ajal bila bila masa sahaja.

hasbnallahuwani'mal wakiil!!!!!

Moga allah beri kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian dan musibah di dunia ini.

Wednesday, October 27, 2010

MOGA BERJAYA

"ha? aman nak sambung ngaji kat mesia".

"bancik tak pa, bancik ngaji la kat sana lagi. ngaji sampai habis dulu baru balik."

"bancik ok ja kat sini, sentiasa positif. hahaha!"


Tak dak apa yang nak ditulis. Aman pon dah buat keputusan untuk sambung di insaniah. Moga berjaya!

Balik dari yaman tinggalkan kenangan yang banyak.

Tinggalkan rumah.

Tinggalkan ikhwah di sini.

Tinggalkan jamiah eman.

Yang best sekali tinggalkan kitab kat bancik. Memang seronok sangat(hahaha...). Tinggal bancik sorang2 kat sini. Tapi bancik ok ja. Cuma berharap dan berdoa semoga ada kebaikan daripada hijrah ini.



Pasti semua orang akan menjumpai kebaikan pada dirinya apabila ia mencari. Mungkin ia menjumpai ketika zaman remaja, ada yang waktu tua. Begitu juga jika mungkin kebaikan kita tidak terserlah apabila berada bukan pada tempatnya. Namun, semuanya ada kebaikan.

Bukankah Allah telah menetapkan segalanya. Semuanya telah ditulis. Cuma kita yang perlu mencari kebaikan yang telah ditetapkan.

Bancik doakan aman sentiasa thabat dan ikhlas dalam menuntut ilmu dan amal. Walau apa keputusan, islam tetap di hati kita semua sebagai keluarga dakwah! Perhitungan kita di akhirat. Biar terjatuh sekali di dunia. Kemudian bangun semula untuk perjalanan ke akhirat!

Doa bancik! EXAM LAST MINGGU DEPAN!

Friday, October 22, 2010

ISI MASAMU

Tak tau nak buat apa?

Banyak perkara yang kita dapat buat apabila kita tak dak kerja. Tapi bagi orang yang tidak tahu tentang amalan-amalan sunat dalam Islam mungkin mengeluh dan berfikir bahwa ada waktu yang terbuang sia-sia.

Sebenarnya banyak amalan-amalan sunat yang boleh diperbanyakkan terutama dengan membaca al-quran. Kat sini aku sertakan sikit hadis tentang fadilat beberapa surah yang lazim dibaca setiap hari. Juga boleh jadi bekalan dunia akhirat.



Sama-sama beramal kerana surah-surah ini perlu dibaca setiap hari. Ia juga adalah wirid bacaan ikhwan.

1-
“Jantung al quran adalah surah yasin, tidaklah seseorang membacanya semata-mata inginkan redha Allah dan akhirat kecuali Allah akan mengampuninya…” (ahmad, abu daud dan nasai)


2-
“Barangsiapa membaca surah tabarak(al mulk) setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari azab kubur.” (nasai)


3-
“Barangsiapa membaca surah ad dukhan setiap malam, maka pada pagi harinya ada tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan untuknya.” (termizi)


Biar tiga surah ini menjadi hijab kita dengan neraka Allah SWT. Beramallah sebelum mati!

Monday, October 11, 2010

MANHAJ TARBIAH ANAK

1- Memilih isteri yang solehah

Ulamak tarbiyah menyatakan: “Wajib bagi seorang ayah menjaga anaknya sebelum anak itu dilahirkan. Inilah yang diajarkan oleh islam dengan memilih calon isteri yang baik. Kerana wanita yang bertunang sekarang ialah isteri pada esok dan akan menjadi ibu pada masa hadapan. Pendidik anak dan generasi. Ibu adalah sekolah pertama bagi seorang anak. Menyusukan adab dan tarbiah bersama susu badan dan makanan harian."

Nabi SAW bersabda:



“Pilihlah(wanita yang baik agamanyadan nasabnya) untuk asal kamu(yang baik). - ibnu majah

Dalam syarah sunan ibnu majah: “ Pilihlah wanita yang mempunyai agama, kebaikan dan keturunan yang mulia supaya wanita itu bukan anak zina kerana ini adalah keburukan yang akan memberi kesan kepada anak…”


2- Penjagaan anak dari kecil.

Semua ini termasuk sudut pemakanan, minuman, tubuh badan dan pakaian supaya dapat melahirkan akal yang baik, tubuh yang sihat dan pancaindera yang selamat. Akal yang sihat aka nada pada tubuh badan yang sihat.

Nabi SAW:




“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah SWT daripada mukmin yang lemah dan pada semuanya kebaikan”. - muslim


3- Hafalan al quran

Perlu bermula dari kecil kerana inilah yang akan membentuk suluk dan khuluk, menjaga lidah, menetapkan aqidah dan menjamin masa depan sebagai remaja.

Nabi SAW bersabda:

“Bentuklah anak anakmu dengan tiga perkara. Cintakan nabi,ahli bait dan membaca al quran. Sesungguhnya orang yang berpegang dengan al-quran akan berada di bawah naungan Allah di hari kiamat. Hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungannya dan akan bersama para anbiya’dan orang yang terpilih”. -fathul kabir/dhoif


Nabi SAW juga bersabda:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al quran dan mengajarkannya”. -bukhari


4- Membiasakan dengan ibadat

Biasakan anak anak dengan masjid dan menunaikan solat samada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja. Melatih anak-anak dengan ibadat puasa dan bersedekah, berbaik dengan jiran, menolong yang lemah dan menghormati orang tua dan muda.

Nabi SAW bersabda:

“Ajarlah anak-anakmu menunaikan solat ketika mereka tujuh tahun, pukullah(apabila mereka meninggalkan solat) mereka ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” -tarmizi



5- Mengenalkan dengan halal haram

Perlaksanaannya ialah dengan pengajian, mengaitkan dengan carita-cerita tarikh islam, member contoh yang hidup, bacaan-bacaan yang membina dan menambah pengetahuan bersama-sama praktikal untuk membina dalam diri anak gambaran yang lengkap dan benar tentang islam.

Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membela 3 orang anak perempuan lalu mendidiknya, mengahwinkannya dan berbuat baik kepada mereka. Baginya syurga.” -abu daud

Friday, September 17, 2010

Hari Raya 2010

Assalamualaikum WBT, sebelum blog ini bersarang, lebih baik aku update.

Raya kali ni, balong dengan bangah balik. Seronok sangat2. Aku raya di KL sampai Raya ke 3. Pastu terus balik sini sebab ada Open House. Macam biasa baba akan buat LakSa yang sedap. Sampai hari ni laksa ada lagi... hehe, percaya x? tak percaya sudah...



Lepas tu raya keempat ada alumni al-azhar. Seronok sangat. Walaupun aku bukan alumni sekolah alazhar, tapi pi jugak. Saja nak jumpa yang mana kenai... =)

Alumni SRAZ, antara yang hadir
 Dah la, tak larat nak bubuh gambaq. Internet slow skit...