Sunday, July 24, 2011

lawatan ikhwah UIA ziarah BABA




KEMBALIKAN...

Dah lama tak update blog nie…semenjak balik Malaysia, banyak kerja nak kena buat. Kalau boleh semua nak buat. Buat sebab diri yang nak buat. Selagi ada hayat. Selagi ada waktu. Takut nanti kalau semangat dah “down”, amal pon akan berkurang. Na’uzubillahi minzalik.sekarang fikir untuk buat apa yang terbaik. Penilaian hanya serah pada Allah. Harap hampa semua begitu jugak.

Fikir…

Fikir………

Fikir lagiii…….

Bila teringat blog yang dah beberapa bulan tak update, rasa rugi bila fikir-fikir balik..

“Orang baca ka blog nie?”

“Malas la nak update..seronok-seronok ja.”

Tapi rasanya bila dah ada blog macam ni, sebenarnya banyak orang yang dah bukak dan tengok laman nie.

“Tapi apa yang mereka fikir bila tengok ada blog family macam nie?”

“Boleh tengok adik beradik dia ada berapa orang”.

“Tau la depa nie rajin menulis”.

“Entahlah….!!!!”

Namun, sebenarnya dah ada mutiara-mutiara yang dah dikutip oleh mereka. Kita hanya perlu berkongsi dengan keluarga kita dan semua. Iman kita untuk semua!

Thursday, March 10, 2011

lagu untuk mama

Pergiku bukan selamanya
Hanya sementara
Bukan sengaja ku tinggalkan
Insan yang ku cinta

Air mata ku sela
Keimanan tersemaT di dada
Janji harus dikota
Walau padah di penghujungnya

Engakaulah penyeri hidupku
Senyuman manismu terukir di wajahmu
Inginku jejaki setiap langkahmu
Walau terpaksa meninggalkanmu


Ibu
Tak tahan sekali
Bila aku meninggalkanmu
Hanya air mata kenangan semata
Jadi saksi
Cintaku padamu

Tika berjauhan
Hati semakin dekat
Pabila kau hampir
Bahagia ku rasa

Pergiku kerana allah
Mencari bekal akhirat
Untuk berbakti pada agama
Menghindar dosa
Duka neraka


Engakaulah penyeri hidupku
Senyuman manismu terukir di wajahmu
Inginku jejaki setiap langkahmu
Walau terpaksa meninggalkanmu

Wednesday, February 16, 2011

Aisyah Sakinah

Gambar Aisyah
Dengan Dr.Hafizah

Gheja tidoq ja..

Baru nak bangun..



Sunday, February 13, 2011

Gelagat keluargadakwah 2010-11^_^

~~ atomen adulah~~

~~muhammad al-fatih~~

~~mamad kat dapur~~

~~ijtima' keluarga Az-Zubaidi al-yamani~~

~~amad yang happy~~

~~aisyah sakinah:)~~

~~abdullah tiyak~~

~~tunjuk hero bley~~

~~bangah,baba n tufai~~

~~yusoff~~

~~mamad duk ghenyih~~

~~man in green~~

~~k.tasnim,epah,mama n anah~~

~~mama n baba~~

~~mamad n adulah tuang bedak!!~~

~~kat ghumah tok~~

~~rindu tok~~

~~tengok apakah itu??~~

~~muhammad dengan kete legonya~~

~~baba yang macho~~

~~eksen kamen dengan otomen teloq~~

~~gheja men game bola=p~~

~~ muhammad al-fatIAH..hik2~~

~~enun n muhammad~~

~~epah n anah~~


salam semua:)

dah bersawang blog keluarga.phewh....fuuh..fuhh..(mode:tiup sawang).huhu..

apa khabar semua?? bancik kat yamen??ape cite??nanti letak la gambar bancik kat sana tuu...

saja aku letak la gambar ni...tuk tatapan semua.(daripada takdak org post lansung)..huhu..

k lah,,semoga terhibur..komen jangan tak komen=p

p/s: doakan aku n pipah n aman....kami nak exam!!

DOAKAN MAMA,BABA dan SEMUA^_^

sekian..sAyOnArA~~~

Thursday, December 23, 2010

please read!!


to all my beloved brothers and sisters in "keluarga dakwah", may Allah bless us and grants us good health and the ability to remain strong...

jom kita sama2 hayati kisah n perkongsian di bawah...

Kisah ini kita ambil buat iktibar. Seorang anak yang soleh namanya Mas Afzal yang telah pergi buat selama-lamanya pada 17 Disember 2010 kerana mengidap penyakit "blood cancer" . Kata rakan saya Dr Otheh Maskon..
" I could not say more, this is the ultimate example of courage and positive thinking, our tribute to this good friend of ours, who passed away recently from advanced lymphoma. Not a moment spared in despair, he battled his illness with the highest level of resilience and... patience. His blog is a source of inspiration for many.."
Betapa cintanya beliau pada ibunya - betapa sabarnya beliau dalam Qada dan Qadar Allah itu-betapa bershukur dan redhanya beliau dalam menghadapi ketentuan Allah itu..betapa Allah paparkan kepada kita kembalinya seorang hamba yang soleh ..buat tatapan kita yang berjuang ini yang banyaaak kesilapan dan dosa ini.
Paparan ini dibuat untuk mencetus sedikit perubahan pada sesiapa yang membaca dan melihat Mas Afzal ini. Jika kita terasa jauhhhh dari Allah, kembalilah SEGERA. Jika kita rasa kerasnya hati kita..perbanyakan SUJUD dan Ibadah soleh...mana tahu besuk hari kita pula dan hari ini hari terakhir buat kita..BERSEDIA?..
Bacalah blog Mas Afzal yang telah pergi itu dan menangislah..dan lihatlah ucapannya dalam youtube itu..betapa kita perlu ambil iktibar dari kesucian kata-katanya yang tidak ada lagi option dalam hidupnya kecuali ALLAH..ambillah iktibar saudara/i..
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Mas Afzal atas kepergiannya dan TAHNIAH atas ibundanya kerana dapat melahirkan anak sebijak ini dan sesoleh ini...anak-anak kita bagaimana?..
1-Youtube/ Video Ucapan beliau :-

http://www.youtube.com/watch?v=QtfMyEHJsn4&feature=player_embedded

2-Blog Penulisan beliau..menyatakan cintanya beliau pada Ibunya..

http://masafzal.blogspot.com/

Semuga ikhwah/akhawat termotivasi untuk jadi Hamba Allah yang lebih baik lagi...aminn..doakan Mas Afzal ini..

~stand tall, stand firm~

Saturday, December 18, 2010

TARBIYAH KELUARGA IMAM MALIK

Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”

Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”

Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.


*iqtibas daripada kitab arab. Wallahua’lam