Assalamualaikum, harap semua sihat disamping kerja-kerja yang anyak saban hari.
Alhamdulillah seorang lagi ahli keluarga kita yang kan melangsungkan pernikahan. Moga Alah berkati perjalanannya menuju pernikahan ini.
Doakan moga aman terus tsabat dan terus membumikan dakwahnya ila yaumilqiyamah. Moga kedatangan suri ini dapat membangkitkan ghiroh dan azammu...
p/s: nak kad!
Monday, November 16, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Tuesday, November 3, 2009
MUSAFIR KINI
"Tak sangka Aman dapat balik malaysia lagi tahun nie...tiap-tiap tahun dimurahkan rezeki. Alhamdulillah!"
Musafir pulang tambahkan dan pulang tinggalkan. Resam adat dalam musafir. Setiap langkah diisi doa dan harapan!
Tinggal kawan tambahkan pengalaman.
Tinggal negeri tambahkan pandangan.
Tinggal demi mencari perubahan.
Sunday, October 25, 2009
Gambar untuk Dikongsi, Komen Jangan tak Komen
Salam sume... Maaf sebab lama tak update blog ni. okeh, ni khas buat anah dan semua...
ni ganbar2 terbaru... ada lg baru, muhammad dah boleh duduk.
Labels:
Keluarga
Wednesday, October 21, 2009
SIRI UJIAN

"Mmmm...Tufail dah abis PMR!...Habis satu marhalah untuk tufail. Lepas nie kena bersedia dengan SPM pulak?..."
"Anah pun lepas ja SPM, merancang untuk ke IPT. Alhamdulillah sekarang di USIM ngan Ipah... merancang lepas merancang.."
"Enun..mmmm..Ujian berbeza dari yang lain pada mulanya...Ujian bertindan ujian.. Mengaji bersama Dawwah dan Fatih di sisi. Mungkin sebab tu agak lama. Aggap aja sebagai littamkin!!!"
"Bancik dan Aman mungkin yang paling jauh dari keluarga. Tapi bancik rasa paling dekat di hati semua. Yaman sebagai tapak bermula. Tapi tak tau akhirnya bila?"
"Bangah dan banglong pun nak abis dah. Macam-macam cerita dari seberang sana. Ada sedih sehingga berlinang air mata. Kisah-kisah perubahan ke arah kebaikan. Marhalah ujian pun berbeza sekarang. Perlu lebih bertanggungjawab!"
UJIAN HIDUP
Ujian demi ujian, cabaran selepas cabaran. Yang lebih penting ialah perubahan sesudah diuji. Semuanya berdasarkan kekuatan dan ketabahan diri. Nabi SAW bersabda:

"Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang paling berat ujiannya?"
"Mereka ialah para nabi, kemudian yang seumpama dengannya, kemudian yang seumpama dengannya di kalangan manusia. Seseorang itu akan diuji berdasarkan agamanya. Jika pada agamanya ada kekuatan maka akan bertambahlah ujiannya. Dan jika ada kelembutan pada agamanya, maka akan diringankan ujiannya. ujian akan terus berterusan terhadap seorang hamba sehingga ia berjalan di atas muka bumi tanpa berbuat salah". (riwayat Ahmad, tarmizi dan ibn majah)
Mungkin kadang-kadang terasa berat menghadapi ujian. Tak kira ujian dalam siri pengajian atau dalam siri kehidupan berkeluarga atau duat. Yang jelas, ia pasti berbeza!
"Mama mungkin menghadapi ujian yang lebih selepas dipilih menjadi calon. Nak layan pulak perangai anak-anak. Sebagai suami, baba pulak perlu sesuai dengan peribadi mama sebagai doktor dan ahli politik. Tak tahu camana??"
Anngap sahaja setiap ujian sebagai satu jalan untuk terus berubah dan membuat perubahan. Seseorang tidak akan beriman selagi ia tidak diuji. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Apabila berkorban pasti ada yang terkorban. INILAH GETIR PERJUANGAN MUSLIM!!!
