Sunday, October 25, 2009

Gambar untuk Dikongsi, Komen Jangan tak Komen

Salam sume... Maaf sebab lama tak update blog ni. okeh, ni khas buat anah dan semua...
















ni ganbar2 terbaru... ada lg baru, muhammad dah boleh duduk.

Wednesday, October 21, 2009

SIRI UJIAN



"Mmmm...Tufail dah abis PMR!...Habis satu marhalah untuk tufail. Lepas nie kena bersedia dengan SPM pulak?..."

"Anah pun lepas ja SPM, merancang untuk ke IPT. Alhamdulillah sekarang di USIM ngan Ipah... merancang lepas merancang.."

"Enun..mmmm..Ujian berbeza dari yang lain pada mulanya...Ujian bertindan ujian.. Mengaji bersama Dawwah dan Fatih di sisi. Mungkin sebab tu agak lama. Aggap aja sebagai littamkin!!!"

"Bancik dan Aman mungkin yang paling jauh dari keluarga. Tapi bancik rasa paling dekat di hati semua. Yaman sebagai tapak bermula. Tapi tak tau akhirnya bila?"

"Bangah dan banglong pun nak abis dah. Macam-macam cerita dari seberang sana. Ada sedih sehingga berlinang air mata. Kisah-kisah perubahan ke arah kebaikan. Marhalah ujian pun berbeza sekarang. Perlu lebih bertanggungjawab!"


UJIAN HIDUP

Ujian demi ujian, cabaran selepas cabaran. Yang lebih penting ialah perubahan sesudah diuji. Semuanya berdasarkan kekuatan dan ketabahan diri. Nabi SAW bersabda:



"Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang paling berat ujiannya?"

"Mereka ialah para nabi, kemudian yang seumpama dengannya, kemudian yang seumpama dengannya di kalangan manusia. Seseorang itu akan diuji berdasarkan agamanya. Jika pada agamanya ada kekuatan maka akan bertambahlah ujiannya. Dan jika ada kelembutan pada agamanya, maka akan diringankan ujiannya. ujian akan terus berterusan terhadap seorang hamba sehingga ia berjalan di atas muka bumi tanpa berbuat salah". (riwayat Ahmad, tarmizi dan ibn majah)

Mungkin kadang-kadang terasa berat menghadapi ujian. Tak kira ujian dalam siri pengajian atau dalam siri kehidupan berkeluarga atau duat. Yang jelas, ia pasti berbeza!

"Mama mungkin menghadapi ujian yang lebih selepas dipilih menjadi calon. Nak layan pulak perangai anak-anak. Sebagai suami, baba pulak perlu sesuai dengan peribadi mama sebagai doktor dan ahli politik. Tak tahu camana??"

Anngap sahaja setiap ujian sebagai satu jalan untuk terus berubah dan membuat perubahan. Seseorang tidak akan beriman selagi ia tidak diuji. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Apabila berkorban pasti ada yang terkorban. INILAH GETIR PERJUANGAN MUSLIM!!!

Friday, October 2, 2009

LANGKAH MATI

Jalan dakwah tidak akan terhenti. Tidak pula akan mati kerana jiwa-jiwa janji ilahi akan terus bersilih ganti di bumi. Walaupun masa berjalan tanpa henti menyusuri pemergian jiwa-jiwa ulama dan syuhada'. Firman Allah:



"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (al ahzab: 23)


Dasar dakwah adalah dengan ilmu dan amal. Tanpa kedua asas ini langkah dakwah boleh tergelincir umpama langkah mati. Jadi setiap da'ei perlu berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Kejahilan dan bersegera dalam membuat keputusan tanpa ilmu dalam amr bil ma'ruf wan nahy 'anil munkar mungkin hanya mengundang padah,.



LANGKAH MATI


Boleh kita umpamakan seorang anak yang mahu mengusir seekor lalat yang sedang hinggap di atas kepala si ayah.

Apakah akan berlaku jika si anak menggunakan pemukul lalat dengan menampar lalat di kepala si ayah pada ketika itu?

Bagaimana pula jika ia menggunakan benda-benda keras seperti penukul besi atau raket?

Paling padah jika ia menggunakan senjata-senjata berbahaya yang boleh mencederakan kepala si ayah.

Mungkin dengan menggunakan peralatan-peralatan tadi dapat mengusir lalat tersebut. Tetapi apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah ia mengundang maslahah atau mafsadah? Inilah yang dinamakan langkah mati.



BERINGAT SEBELUM JADI


Kerana itu ilmu menjadi asas dalam setiap amal dakwah. Perubaan-percubaan dalam kerja ISLAH perlu diperbanyak dan dipelbagai. Tetapi kita perlu beringat bahawa penyelesaian perlu berpihak kepada maslahah bukan mafsadah.

Firman Allah:



"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan(ilmu) dan bukti yang jelas nyata". (Yusuf: 108)

*SUMBER: HAMBAMURABBI.BLOGSPOT.COM