Wednesday, May 5, 2010

SEMOGA BERTAMBAH AMAL KITA

“Bancik, hantar la sms selamat hari jadi kat baba”.

“Sapa pun tak ingat hari jadi baba..isk3..sedih~”.

Ingat lagi beberapa tahun lalu sewaktu menyambut hari jadi bersama keluarga. Kenangan bersama mama, baba dan adik beradik masih terpahat di fikiran. Walaupun sudah berkali-kali membuat jamuan “hepi besdey” untuk adik beradik, namun tak pernah pun aku ingat tarikh lahir semua secara tepat. Hanya yang terpahat hanyalah senyuman dan kegembiraan yang wujud pada masa itu.

Kemeriahan ketika semua dapat bersama. Mungkin pada waktu itu semua masih kecil- kecil. Tapi apabila berjauhan baru terasa indah. Bermakna majlis hari jadi bukan sebab untuk kita ingat kepada seseorang. Tetapi kebersamaan dan kemesraan apabila berjumpa itu yang menjadi kenangan dan ingatan tak kira waktu mana pun. Biarpun berjauhan tetapi kenangan mendekatkan kita walau tanpa kek dan lilin.

“Semoga panjang umur”.

Biar doa bertepatan dengan amal. Biar kita berdoa tanpa kejahilan. Berdoalah untuk kebaikan. Sebahagian masyarakat tidak mengenal baik buruk seseorang. Sambutan hari jadi yang hanya sebagai adat turun termurun tidak memberi sebarang kebaikan dunia akhirat hanya dengan berdoa dipanjangkan umur tanpa seseorang itu beramal dan menyediakan bekalan akhirat. Malah bertambah maksiat dan dosa tanpa disedari.

Dalam sebuah hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi bahawa seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW lalu bertanya:

“Siapakah orang yang paling baik?”.

Nabi SAW menjawab:



“Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”.

“Siapa pula orang yang paling buruk?” lelaki itu bertanya lagi.

Nabi SAW menjawab lagi:



“Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya”.


Seorang muslim ingin pasti ingin hidup di dunia dengan amal, bukan hidup untuk berseronok dan bersahaja. Ia juga ingin menyediakan amal dunia akhirat, bukan hanya bekalan dunia. Ia hidup dengan berbakti kepada orang lain, bukan hanya untuk diri sendiri.

Jika kita melihat kebaikan pada seseorang, berdoalah agar Allah panjangkan umurnya supaya ia dapat meneruskan amal kebajikan bekalan dunia akhirat. Tetapi jika kita melihat kekurangan dan keburukan pada seseorang, berdoalah supaya Allah SWT memberikan hidayah dan jalan yang benar kepadanya.

*hanya coretan ringkas sebagai perkongsian bersama

5 comments:

akhtar_7 said...

tak dak gambaq famili waktu semua ada.....kalo tak memang dah bubuh dah.....

ummu_abdullah said...

jazakumullah khairan atas ingatan dan peringatan ini.

Doa untuk semua insyaAllah...

Moga bancik terus bertambah amal ibadah... Kami nantikan syeikh!!!

afifah said...

insya Allah..tringat dulu slalu p beli kek dekat kedai Fairy..huhu.mesti beli kek yg gambar cartoon..trutamanya anah..hehe..

ummu said...

salam Ummu Abdullah
moga2 Allah menerima amalan kita.amin

akhtar_7 said...

banyak ummu kat sini!........

Post a Comment