Thursday, December 23, 2010

please read!!


to all my beloved brothers and sisters in "keluarga dakwah", may Allah bless us and grants us good health and the ability to remain strong...

jom kita sama2 hayati kisah n perkongsian di bawah...

Kisah ini kita ambil buat iktibar. Seorang anak yang soleh namanya Mas Afzal yang telah pergi buat selama-lamanya pada 17 Disember 2010 kerana mengidap penyakit "blood cancer" . Kata rakan saya Dr Otheh Maskon..
" I could not say more, this is the ultimate example of courage and positive thinking, our tribute to this good friend of ours, who passed away recently from advanced lymphoma. Not a moment spared in despair, he battled his illness with the highest level of resilience and... patience. His blog is a source of inspiration for many.."
Betapa cintanya beliau pada ibunya - betapa sabarnya beliau dalam Qada dan Qadar Allah itu-betapa bershukur dan redhanya beliau dalam menghadapi ketentuan Allah itu..betapa Allah paparkan kepada kita kembalinya seorang hamba yang soleh ..buat tatapan kita yang berjuang ini yang banyaaak kesilapan dan dosa ini.
Paparan ini dibuat untuk mencetus sedikit perubahan pada sesiapa yang membaca dan melihat Mas Afzal ini. Jika kita terasa jauhhhh dari Allah, kembalilah SEGERA. Jika kita rasa kerasnya hati kita..perbanyakan SUJUD dan Ibadah soleh...mana tahu besuk hari kita pula dan hari ini hari terakhir buat kita..BERSEDIA?..
Bacalah blog Mas Afzal yang telah pergi itu dan menangislah..dan lihatlah ucapannya dalam youtube itu..betapa kita perlu ambil iktibar dari kesucian kata-katanya yang tidak ada lagi option dalam hidupnya kecuali ALLAH..ambillah iktibar saudara/i..
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Mas Afzal atas kepergiannya dan TAHNIAH atas ibundanya kerana dapat melahirkan anak sebijak ini dan sesoleh ini...anak-anak kita bagaimana?..
1-Youtube/ Video Ucapan beliau :-

http://www.youtube.com/watch?v=QtfMyEHJsn4&feature=player_embedded

2-Blog Penulisan beliau..menyatakan cintanya beliau pada Ibunya..

http://masafzal.blogspot.com/

Semuga ikhwah/akhawat termotivasi untuk jadi Hamba Allah yang lebih baik lagi...aminn..doakan Mas Afzal ini..

~stand tall, stand firm~

Saturday, December 18, 2010

TARBIYAH KELUARGA IMAM MALIK

Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”

Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”

Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.


*iqtibas daripada kitab arab. Wallahua’lam

Wednesday, December 1, 2010

KELEBIHAN BERBEZA

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.

Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua.

Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ??

Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf.

Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian,

Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ??

Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan.

Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.



Sampan terus bergerak. Tiba-tiba, sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.

Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Tenyata sampan itu akan tenggelam !!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya.

Pendayung sampan : Tuan! tuan pandai berenang ??

Profesor : Er, er, saya tidak tahu berenang. (panik)

Pendayung sampan : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!.

.......................

PENGAJARAN:

1. Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tiada manusia yang bodoh, yang ada hanya kepandaian yang berbeza.

2.Jangan memandang rendah pada kemampuan orang lain.

3. Kautlah seberapa banyak ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman adalah suatu yang berbeza.

4. Kita perlu sesuaikan kelebihan seseorang kena pada tempatnya. Jangan nak samakan semua dalam satu tugas.