Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.
Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua.
Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ??
Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf.
Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.
Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian,
Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ??
Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan.
Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba, sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.
Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Tenyata sampan itu akan tenggelam !!
Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya.
Pendayung sampan : Tuan! tuan pandai berenang ??
Profesor : Er, er, saya tidak tahu berenang. (panik)
Pendayung sampan : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!.
.......................
PENGAJARAN:
1. Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tiada manusia yang bodoh, yang ada hanya kepandaian yang berbeza.
2.Jangan memandang rendah pada kemampuan orang lain.
3. Kautlah seberapa banyak ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman adalah suatu yang berbeza.
4. Kita perlu sesuaikan kelebihan seseorang kena pada tempatnya. Jangan nak samakan semua dalam satu tugas.
0 comments:
Post a Comment