Pendapat menonton tv bagi orang yang berpuasa di bulan ramadhan
Jawapan Sheikh Yusof Abdullah al-Qaradawi:
Tv adalah diantara alat penyebaran. Ia mempunyai kebaikan dan keburukan dan setiap wasilah mesti mempunyai hukum maqasid tersendiri. Televisyen seperti radio dan helaian akhbar; ada baik dan buruknya. Bagi seorang muslim mereka perlu mengambil manfaat daripada wasilah tersebut dan menjauhi apa yang buruk tidak kira samada sedang berpuasa atau tidak. Tetapi dalam berpuasa, seorang muslim perlu lebih berhati-hati supaya tidak merosakkan ibadat puasanya dan juga supaya tidak mengurangkan pahala dan diharamkan daripada mendapat ganjaran daripada Allah ta’ala.
Aku tidak mengatakan menonton tv HALAL secara mutlak, tidak juga HARAM secara mutlak. Sebenarnya ia mengikut apa yang ditonton. Jika baik maka dibenarkan menonton, mendengar seperti sebahagian rancangan agama, berita dan rancangan yang menyeri kepada kebaikan. Tetapi jika rancangan yang ditonjolkan tidak baik seperti menonton rancangan tarian yang tidak menutup aurat dan seumpamanya, maka hukumnya haram, apatah lagi di bulan ramadhan.
Begitu juga tontonan yang makruh, walaupun tidak sampai ke darjat haram dan juga setiap wasilah yang menghalang daripada mengingati Allah adalah haram. Apabila menonton tv atau mendengar radio atau seumpamanya melalaikan daripada apa yang diwajibkan Allah ta’ala seperti solat, maka hukumya juga haram pada ketika itu.
Haram hukumnya jika sseorang menyibukkan dirinya daripada solat dengan apa sahaja. Ketika Allah ta’ala mengharamkan arak dan judi adalah dengan kerana:
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (surah Al-maidah)
Para penganjur rancangan-rancangan tv harus takut kepada Allah dengan apa yang dipersembahkan kepada penonton terutamanya pada bulan ramadhan untuk menjaga kehormatan bulan ramadhan, menjaga manusia untuk mengingati Allah dan meningkatkan amalan kebaikan supaya para penganjur tidak menanggung dosa-dosa sendiri dan juga dosa para penonton sepertimana firman Allah ta’ala:
25. (ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu. (surah an-nahl)
Pernah diterbitkan dalam surat khabar royah qatariah
*sumber:terjemahan dari laman qaradawi.net
0 comments:
Post a Comment