Wednesday, October 21, 2009

SIRI UJIAN



"Mmmm...Tufail dah abis PMR!...Habis satu marhalah untuk tufail. Lepas nie kena bersedia dengan SPM pulak?..."

"Anah pun lepas ja SPM, merancang untuk ke IPT. Alhamdulillah sekarang di USIM ngan Ipah... merancang lepas merancang.."

"Enun..mmmm..Ujian berbeza dari yang lain pada mulanya...Ujian bertindan ujian.. Mengaji bersama Dawwah dan Fatih di sisi. Mungkin sebab tu agak lama. Aggap aja sebagai littamkin!!!"

"Bancik dan Aman mungkin yang paling jauh dari keluarga. Tapi bancik rasa paling dekat di hati semua. Yaman sebagai tapak bermula. Tapi tak tau akhirnya bila?"

"Bangah dan banglong pun nak abis dah. Macam-macam cerita dari seberang sana. Ada sedih sehingga berlinang air mata. Kisah-kisah perubahan ke arah kebaikan. Marhalah ujian pun berbeza sekarang. Perlu lebih bertanggungjawab!"


UJIAN HIDUP

Ujian demi ujian, cabaran selepas cabaran. Yang lebih penting ialah perubahan sesudah diuji. Semuanya berdasarkan kekuatan dan ketabahan diri. Nabi SAW bersabda:



"Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang paling berat ujiannya?"

"Mereka ialah para nabi, kemudian yang seumpama dengannya, kemudian yang seumpama dengannya di kalangan manusia. Seseorang itu akan diuji berdasarkan agamanya. Jika pada agamanya ada kekuatan maka akan bertambahlah ujiannya. Dan jika ada kelembutan pada agamanya, maka akan diringankan ujiannya. ujian akan terus berterusan terhadap seorang hamba sehingga ia berjalan di atas muka bumi tanpa berbuat salah". (riwayat Ahmad, tarmizi dan ibn majah)

Mungkin kadang-kadang terasa berat menghadapi ujian. Tak kira ujian dalam siri pengajian atau dalam siri kehidupan berkeluarga atau duat. Yang jelas, ia pasti berbeza!

"Mama mungkin menghadapi ujian yang lebih selepas dipilih menjadi calon. Nak layan pulak perangai anak-anak. Sebagai suami, baba pulak perlu sesuai dengan peribadi mama sebagai doktor dan ahli politik. Tak tahu camana??"

Anngap sahaja setiap ujian sebagai satu jalan untuk terus berubah dan membuat perubahan. Seseorang tidak akan beriman selagi ia tidak diuji. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Apabila berkorban pasti ada yang terkorban. INILAH GETIR PERJUANGAN MUSLIM!!!

6 comments:

afifah said...

alhamdulillah..semuanya ujian dari Allah utk uji stakat mana pergantungan kita padanya..skrg aku diuji...la ni tgh study week..mngu dpn exam.tapi masih sibuk dengan kerja2 lain.aku sbg PIC unit program bg program konvensyen pendakwah muda malaysia(WEHDAH09')kna uruskan penceramah,moderator,MC,bengkel,wacana,forum dan sebagainya.alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dgn sahabat2 yang sma2 berusaha n bsemangat utk menjayakan program yg melibatkan semua ipta,ipts,kolej yg under KPT.tapi masih x slesai lg cz program tu after exam-23/11..skrarang tengah cuba nak bahagikan masa..mama pesan jgn lupa utk study n bagi tumpuan betul2.

arini,alhamdulillah aku dpat jgak duk umah,kemas blk,basuh baju n susun blk jadual aku.tapi hati masih fikirkan tentang program besar tu cz melibatkn smua ipt.antara penceramh yg aku panggil-Dr.Harlina,ummi ross,brother shah kirit,ust kamil ibrahim,Dr zulkifli al-bakri n ramai lagi...

harap aku dapat lepasi ujian ini.hanya Allah sahja yg tahu..

harap doa dari semua utk melepasi ujian2 yg semakin mencabar,kerana seseorang itu xkn dikatakan beriman jk blm diuji.

ari rabu ada anugrah dekan plak.x tau lah nk p ka dak..hmm..aku dapat utk sem 1 aritu..tu pon 3.60..cukup2 makan utk DEAN LIST..tapi aku terfikir adakah aku akan tersenarai dlm DEEN LIST..

UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH
APAKAH KITA KAN SABAR
ATAUPUN SEBALIKNYA

~perkongsian kehidupan d alam kampus~

raihanah said...

hurm..anah pn skrang tgh bertarung dengan final exam...mcm2 ujian datang..tp alhamdulillah..mama,baba,keluarga n kawan2 dah bagi byk semngat..doakan anah..semoga anah berjaya didunia dan akhirat..

akhtar_7 said...

Suka bila sume bukak balik blog ni....skurang2nya dpt trus bhubung dan dpt tahu keadaan semua buat masa skarang....

Ipah!prog hg nk wat tu bila nk mula?bukan hg dh bncng lama dh ka?ingatkn dh buat aritu...

Baguihnya.
Baguihnya..
Baguihnya...
Mesti baguihnya blh buat exam kali ni...bittaufiqwannajah!

afifah said...

program ni kna rancang awal cz melibatkan semua ipt d malaysia.alhamdulillah kami dah bincng tajuk2 yg ang bg tu..km gabung2 kan..ma kasih bancik..

utk pengetahuan smua tema wehdah09 adlah "Generasi MUda menjana Transformasi Ummah"

tlg doakn smuanya bjln lancar(^_-)

ummu_abdullah said...

hurm... sori bancik... lama x masuk sini.. bertarung dengan ujian dunia... okeh sume... nnt aku masukkan gambaq2... video2... huhu

akhtar_7 said...

sajala aku tulih post nie...untuk renungan bersama...masing2 sibuk dengan tugas masing2...

cuma nak ingatkan pergantungan pada ilahi...terutama dalam setiap amal islami....HATI-HATI

Post a Comment