Thursday, December 24, 2009

Hari Kemenangan - Pernikahan dan PMR!

Alhamdulillah, setelah masa berlalu, peristiwa demi peristiwa juga berlalu dengan izin Yang Maha Esa. Lama blog ini terbiar. Mungkin kerana layout yang dullllllll.... (Nanti thufail tukar yang ceria2 sikit!!!)


Tanggal 12 December 2009, aman telah menamatkan zaman "jahiliyahnya" dengan menikahi seorang insan bertuah. Alhamdulillah.


~~ cool ~~


Kemudian, keesokan harinya, walimah di Cheras berlangsung. Best, alhamdulillah ramai sangat rombongan yang pergi meraikan hari kemenangan tersebut. Nak jadi cerita, aku, ipah, abdullah, muhammad dan k.tasnim naik kereta dengan bangah. Tengah jalan kereta berasap. Melepas berarak dengan pengantin. Tapi! itu semua perancangan Allah. Syukur sangat ketika kereta tersadai tepi jalan, tak sampai 5 minit makngah dan pakngah ternampak kami dan berhenti juga. kemudian, tak sampai 5 minit lagi datang "pomen", mungkin kebetulan dia lalu di situ.

Majlis makan dan bergambar bejalan dengan baik, Alhamdulillah...

~~ Tak dak pula gambar di Cheras... Nantilah Upload ~~


Kemudian sibuk pula dengan persiapan di Kedah.







Seperti biasa walimah berlangsung di sekolah al-azhar. Bangah tetiba ja jadi photographer tak di undang. Gambar belum siap. Tak boleh nak upload lagi!

Ok, baiklah...

Harini 24.12.2009

Alhamdulillah Result PMR dah keluar. Ketaq lutut tufail... haha...

Nak dijadikan cerita lagi, Thufail call rumah menyatakan kesedihan mendapat 7A dan Fail subjek Sains. Aku mati-mati percaya sebab dia buat suara sedih. Aku pun habaq la kat ipah. Tup tup dia call balik, habaq dia dapat 9A! Tension!

Sujud syukur....

Mungkin itu saja yang sempat dirakamkan dalam tulisan kali ini.

Balong dengan bancik camna kat sana?


Tuesday, December 1, 2009

IntiHati!

Berakhir sudah hari raya aidil adha. Agak sukar tidak dapat beraya bersama teman-teman senegara. Apatah lagi keluarga tercinta. Jika di luar negara, teman ibarat keluarga berkongsi suka dan duka.


"Cepat sih, kita perlu pergi sekarang! Ada tugasan!!"


Sebaik sahaja selesai solat di padang Jamiah Iman, bancik terpaksa beredar ke tempat bertugas bersama ikhwah luar.


Sedih juga kerana biasanya selepas khutbah kami akan bersalaman dan berkucupan bersama teman-teman dari negara asing. Ada teman dari Yemen, Somalia, Cameroon, Tanzania, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Yang paling seronok apabila dapat beraya bersama para mashayikh dan tenaga pengajar Jamiah Iman.


Enam tahun melakar kenangan solat di padang Jamiah Iman bersama-sama teman seperjuangan. Terasa IZZAH pada Islam apabila lahirnya UKHUWAH mendirikan SYIAR aidil adha di padang. Mempamerkan pada dunia keagungan agama tuhan. Tambahan pula dengan khutbah berbahasa arab yang penuh dengan taujihat-taujihat maknawiah.


Tapi apabila teringat keluarga. Sayu.....


Lebih-lebih lagi apabila tidak dapat menjejakkan kaki di baitullah pada tahun ini. Terpaksa menerima hakikat pengobanan yang lebih besar dan berat....

Siapa tahu?....mungkin hanya teman menjadi pengubat......jzkk