Berakhir sudah hari raya aidil adha. Agak sukar tidak dapat beraya bersama teman-teman senegara. Apatah lagi keluarga tercinta. Jika di luar negara, teman ibarat keluarga berkongsi suka dan duka.
"Cepat sih, kita perlu pergi sekarang! Ada tugasan!!"
Sebaik sahaja selesai solat di padang Jamiah Iman, bancik terpaksa beredar ke tempat bertugas bersama ikhwah luar.
Sedih juga kerana biasanya selepas khutbah kami akan bersalaman dan berkucupan bersama teman-teman dari negara asing. Ada teman dari Yemen, Somalia, Cameroon, Tanzania, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Yang paling seronok apabila dapat beraya bersama para mashayikh dan tenaga pengajar Jamiah Iman.
Enam tahun melakar kenangan solat di padang Jamiah Iman bersama-sama teman seperjuangan. Terasa IZZAH pada Islam apabila lahirnya UKHUWAH mendirikan SYIAR aidil adha di padang. Mempamerkan pada dunia keagungan agama tuhan. Tambahan pula dengan khutbah berbahasa arab yang penuh dengan taujihat-taujihat maknawiah.
Tapi apabila teringat keluarga. Sayu.....
Lebih-lebih lagi apabila tidak dapat menjejakkan kaki di baitullah pada tahun ini. Terpaksa menerima hakikat pengobanan yang lebih besar dan berat....
Siapa tahu?....mungkin hanya teman menjadi pengubat......jzkk
0 comments:
Post a Comment