Sunday, July 27, 2008

umah bancik aman

ni blakang umah bancik..tingin nak bela ayam, arnab dll..tapi semua mati kesejukan..tah la..mungkin tk pandai jaga kot.hehe





ni gambaq umah bancik..cantik dak? pandangan dari luaq ni..dalam tak tengok lagi..hehehe..tangki air kat atas rumah tu kami kena panjat isi sendiri..ish ish ish..ni kalo orang pompuan tak leh hidup kat rumah ni..nasib baik ipah tak jadi mai.haha


Thursday, July 24, 2008

tanggungjawabmu ya ikhwati!!!!

Ikhwati,

Keluarga merupakan institusi dakwah yang paling dekat dengan seorang da’ei. Mereka juga merupakan orang yang paling awla menerima dakwah daripada kita. Tambahan lagi apabila sesebuah keluarga yang terdiri daripada mujahid-mujahid dan mujahidah yang memahami peranan ataupun tugas sebagai seorang hamba Allah.

{وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ}(الشعراء/214)
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”( Syuara’: 214)

Ikhwati,

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah ta’ala perlu kita lafazkan kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah yang amat mengambil berat terhadap kita sebagai anak-anak mereka. Kita tahu mereka tidak mempersiakan anugerah dan nikmat Allah ta’ala. Tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu seperti tugas seorang mu’alim atau murabbi yang mendidik anak murid dan mahu melihat mereka membesar dengan baik. Bukan sahaja baik dari sihat tubuh badan dan bukan hanya ingin mendapatkan anak yang hanya berjaya dalan kerjayanya. Malah apa yang mereka inginkan lebih daripada itu.

Seorang ayah dan ibu yang beriman kepada Allah ta’ala wajib membesarkan anak mereka dengan tarbiah islam yang ditetapkan oleh syara’ kerana mereka menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan amanah yang akan di soal di hadapan Allah kelak. Rasululllah s.a.w bersabda dalam hadis shohih:

كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته...

Kita semua mempunyai tanggungjawab dan kita akan di soal di hari kiamat kelak tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Di dalam hadis ini menyatakan diantara mereka yang bertanggungjawab ialah lelaki yang bertanggungjawab ke atas ahli rumahnya.

Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak merupakan satu perjuangan. Perjuangan mereka juga merupakan pengorbanan. Bermula daripada pemilihan calon isteri yang solehah, memilih nama yang sesuai bagi seorang anak dan seterusnya mendidik anak sebagai generasi muslim yang sebenar.

Ikhwati,

Bagi abang-abang atau adikku yang telah bergelar sebagai bapa atau ibu perlu memastikan diri mereka sentiasa bersedia untuk memikul amanah Allah dalam menguruskan rumahtangga. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah, ibu, isteri, suami atau sebagai seorang anak. Apa yang pasti, suami dan isteri merupakan asas kepada pembentukan sesebuah keluarga.


Anak-anak mungkin boleh menjadi fitnah bagi suami. Al-quran telah pun menjelaskan. Mungkin kita merasakan kebahagiaan apabila dapat bersama mereka. Erti kebahagiaan tidak akan tercapai apabila tidak disertai redha dari Allah. Firman Allah ta’ala:

{وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ}(الأنفال/28).
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”

Banyak sebenarnya yang perlu kita ketahui mengenai tanggungjawab dan hak-hak sesame manusia. Bagaimana seseorang dapat menjadi suami yang baik jika beliau tidak menghormati ibu-bapa. Bagaimana pula mahu menjadi seorang anak yang soleh jika larangan dan perintah Allah tidak dipatuhi!!!

HASIBUU ANFUSAKUM YA IKHWANII!!!!

Saturday, July 19, 2008

Pendidikan Anak

Kekuatan itu datang Dari ALlah...
Ya Usroti...
Teruslah berda'wah dalam kepayahan hidup di dunia, demi kehidupan Akhirat sana...
Pendidikan Anak
Buat balong yang dah dikurniakan yusuf yang comel.. dan bangah yang menanti kedatangan sang permata hati... Di sini just nak kongsi beberapa perkara yang telah dilalui dan sedikit teori.. sikit ja... =P
Seorang anak itu belajar sepenuhnya dari seorang ibu dan ayahnya.. serta persekitarannya... apa yang kita lakukan, apa yang kita bicarakan dan apa persekitarannya, semuanya menjadi pengaruh besar dalam diri seorang anak... dalam usia 0-5 tahun ini, anak-anak mula absorb segalanya daripada parents dan persekitaran... so, tugas ummi adalah menyediakan persekitaran yang baik buat anak di samping berusaha menunjukkan nilai2 positif pada diri sang anak...
Ummi, ingat bahawa, kita dikurniakan seorang anak sebagai amanah... terpulang pada kita bagaimana mahu mencorak mereka... sekali anak meninggikan suara... ingat semula... apakah kita pernah melakukan hal itu di hadapannya atau terhadapnya... apa saja yang anak kita lakukan... semuanya datang dari diri kita... namun, bila saja anak sudah dewasa dan beinjak ke daerah luar rumah... maka hati-hatilah... pastikan pengawasan terhadap anak tetap berjalan...
Ini hanya sekadar perkongsian... mama n baba lagi banyak pengalaman... kalau ada  masa mama n baba kongsi la dengan kami... =)

Monday, July 14, 2008

ahsan ziarah!

Mama baba dan tupai akan berangkat ke mekah bulan ogos ni..transit di yemen katanya hanya dua hari….waktu yang amat singkat…rasanya sempat belaga pipi dan duduk bersembang sekejap sebab waktu tu aku ngann aman tengah pekse…ish..rasa ca.. tak puas ja…..

Pi mekah….

Teringat dulu-dulu..banglong, bangah, bancik dan enun…semua pi mekah waktu kami kecik..lebih kurang umur tufail sekarang ni la…ingat lagi skit2 kenangan tu…macam bancik banglong ngan enun, kami pi singgah Jordon mesir. Lepas tu baru bertolak ke mekah dan ada gak singgah madinah…madinah mesti kena pi punya…apa apa pun…..tima kasih kepada baba ngan mama kerana bawa kami..lani nak bawak tupai pulak….semoga selamat semuanya….

Kesian depa..

Bagi ipah ngan anah..tak dapat nak rasa lagi udara mekah…sian depa ni…tapi nak wat camna…lain kali dengaq cakap mama baba..hehe..pastu jimat2 la blanja. Tolonga mama slalu..haha bodek la tu.(jangan marah ya) . Lupa sorang lagi….aman yang pi mekah ngan orang sudan..tak dapat nak rasa pi mekah bersama mama baba..makan buah zaitun ja..best!

Sama2 berdoa!

Wednesday, July 2, 2008

jangan beralasan..

oleh: abu huzaifah


Kekuatan Islam semakin lama semakin tergugat dan pudar. Tersepit di celah undang-undang wadh’ei(buatan manusia) yang mengaburkan mata manusia. Hati-hati menjadi semakin malap dilindungi kilauan dunia yang palsu semata-mata. Masa semakin jauh menyedarkan kita tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Manusia semakin lalai, tidak sedar tentang tugas sebenar mereka. Kita tidak hairan jika mereka ini orang-orang kafir dan kufur dengan perintah Allah kerana mereka hanya menyeru kepada kemungkaran dan kesesatan yang nyata. Amat menyedihkan apabila kita sedar bahawa mereka ini terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan masyarakat sekeliling kita yang beriman kepada Allah ta’ala dan rasulNya. Mereka bersikap nafsi-nafsi bak kata pepatah “kubur lain-lain”, hanya memperbaiki diri sendiri dengan tanggapan dapat melepaskan diri sendiri dari ancaman dunia dan akhirat.

Ada diantara mereka yang mempunyai tanggapan bahawa jika dia sudah memperbaiki dirinya maka ia sudah tidah berkewajipan lagi untuk memperbaiki orang lain. Hujah yang digunakan ialah ayat al-quran:

Firman Allah ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)

Hujah ini hanya digunakan oleh orang-orang yang suka bermalas-malasan, hanya suka mengasingkan diri, takut dan pengecut untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Mereka merasa cukup bagi mereka beramal untuk diri mereka tanpa menghiraukan yang lain. Ini bermakna mereka mempunyai sikap mementingkan diri yang hanya akan membinasakan diri mereka sendiri. Tidak faham dan tidak tahu membezakan antara hukum fardhu dan sunat atau penting dengan yang lebih penting.

Tanggapan itu adalah suatu fahaman yang salah terhadap maksud ayat ini kerana ayat ini tidaklah bermaksud melarang kita daripada menyuruh kepada al-ma’ruf, melarang al-mungkar atau berjihad. Tetapi sebenarnya ayat ini menceritakan tentang orang-orang yang sesat di mana kesesatan mereka tidak akan membabitkan kita di sisi Allah ta’ala kerana mereka bertanggungjawab sendiri di atas perbuatan masing-masing dan kita bertanggungjawab sendiri atas perbuatan kita. Sesungguhnya para salafussaleh telah mentafsirkan ayat ini dengan tafsiran yang lain daripada orang-orang itu. -Jundullah, Said Hawwa

Daripada Qois bin Abi Hazim berkata, Abu Bakar r.a sesudah beliau menaiki mimbar dan memuji Allah, beliau berkata: Wahai manusia sesungguhnya kamu membaca ayat “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” Sesungguhnya kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka semua.

Dikeluarkan oleh ibnu Jarir daripada Sa’id bin Musayyab berkata tentang ayat itu: Apabila kamu sudah menegakkan al-ma’ruf dan mencegah al-mungkar, barulah tidak membahayakan kamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk. Huzaifah bin al-yaman pun menafsirkan perkara yang sama tentang ayat berikut. Orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang mengambil Islam sebagai manhaj hidup secara syumul(menyeluruh) dan Islam tidak akan bersifat syumul tanpa dakwah amrbilma’ruf wannahyu‘anilmungkar.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa kita dituntut melakukan dua perkara:

1- Merelakan diri untuk diperbaiki dalam proses tarbiah.

2- Beramal menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dalam proses dakwah.

Dua proses yang amat berkait rapat untuk perkembangan Islam. Bangunlah dan buanglah semua tanggapan salah tentang Islam. Islam bukanlah satu agama yang statik dan hanya berada pada satu tempat, tetapi ia adalah agama yang bergerak ke seluruh tempat dan zaman, risalah yang diperjuangkan sebenarnya untuk sekalian umat di bumi. Bergeraklah dan bertiuplah seperti angin, bukan seperti buih-buih yang hanya bertebaran di pandangan mata, tetapi hanya dalam waktu yang singkat!!!...