Wednesday, July 2, 2008

jangan beralasan..

oleh: abu huzaifah


Kekuatan Islam semakin lama semakin tergugat dan pudar. Tersepit di celah undang-undang wadh’ei(buatan manusia) yang mengaburkan mata manusia. Hati-hati menjadi semakin malap dilindungi kilauan dunia yang palsu semata-mata. Masa semakin jauh menyedarkan kita tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Manusia semakin lalai, tidak sedar tentang tugas sebenar mereka. Kita tidak hairan jika mereka ini orang-orang kafir dan kufur dengan perintah Allah kerana mereka hanya menyeru kepada kemungkaran dan kesesatan yang nyata. Amat menyedihkan apabila kita sedar bahawa mereka ini terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan masyarakat sekeliling kita yang beriman kepada Allah ta’ala dan rasulNya. Mereka bersikap nafsi-nafsi bak kata pepatah “kubur lain-lain”, hanya memperbaiki diri sendiri dengan tanggapan dapat melepaskan diri sendiri dari ancaman dunia dan akhirat.

Ada diantara mereka yang mempunyai tanggapan bahawa jika dia sudah memperbaiki dirinya maka ia sudah tidah berkewajipan lagi untuk memperbaiki orang lain. Hujah yang digunakan ialah ayat al-quran:

Firman Allah ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)

Hujah ini hanya digunakan oleh orang-orang yang suka bermalas-malasan, hanya suka mengasingkan diri, takut dan pengecut untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Mereka merasa cukup bagi mereka beramal untuk diri mereka tanpa menghiraukan yang lain. Ini bermakna mereka mempunyai sikap mementingkan diri yang hanya akan membinasakan diri mereka sendiri. Tidak faham dan tidak tahu membezakan antara hukum fardhu dan sunat atau penting dengan yang lebih penting.

Tanggapan itu adalah suatu fahaman yang salah terhadap maksud ayat ini kerana ayat ini tidaklah bermaksud melarang kita daripada menyuruh kepada al-ma’ruf, melarang al-mungkar atau berjihad. Tetapi sebenarnya ayat ini menceritakan tentang orang-orang yang sesat di mana kesesatan mereka tidak akan membabitkan kita di sisi Allah ta’ala kerana mereka bertanggungjawab sendiri di atas perbuatan masing-masing dan kita bertanggungjawab sendiri atas perbuatan kita. Sesungguhnya para salafussaleh telah mentafsirkan ayat ini dengan tafsiran yang lain daripada orang-orang itu. -Jundullah, Said Hawwa

Daripada Qois bin Abi Hazim berkata, Abu Bakar r.a sesudah beliau menaiki mimbar dan memuji Allah, beliau berkata: Wahai manusia sesungguhnya kamu membaca ayat “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” Sesungguhnya kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka semua.

Dikeluarkan oleh ibnu Jarir daripada Sa’id bin Musayyab berkata tentang ayat itu: Apabila kamu sudah menegakkan al-ma’ruf dan mencegah al-mungkar, barulah tidak membahayakan kamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk. Huzaifah bin al-yaman pun menafsirkan perkara yang sama tentang ayat berikut. Orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang mengambil Islam sebagai manhaj hidup secara syumul(menyeluruh) dan Islam tidak akan bersifat syumul tanpa dakwah amrbilma’ruf wannahyu‘anilmungkar.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa kita dituntut melakukan dua perkara:

1- Merelakan diri untuk diperbaiki dalam proses tarbiah.

2- Beramal menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dalam proses dakwah.

Dua proses yang amat berkait rapat untuk perkembangan Islam. Bangunlah dan buanglah semua tanggapan salah tentang Islam. Islam bukanlah satu agama yang statik dan hanya berada pada satu tempat, tetapi ia adalah agama yang bergerak ke seluruh tempat dan zaman, risalah yang diperjuangkan sebenarnya untuk sekalian umat di bumi. Bergeraklah dan bertiuplah seperti angin, bukan seperti buih-buih yang hanya bertebaran di pandangan mata, tetapi hanya dalam waktu yang singkat!!!...

4 comments:

Bangah said...

tidak ada manusia yang sempurna. penuh dengan khata' dan nisyaan...kesalahan..dosa....kita bukanlah sekolompok jamaah malaikat. setiap orang bakal melakukan kesalahan..lupa...tetapi yang penting sentiasa ada proses perbaikan, dan menyedarkan sesama.... yang penting proses tarbiyah tidak ditinggalkan...dengan semua sarana2sarana yang telah ada..
tarbiyyah maadalhayah..

rijaldakwah said...

kita menyedari hakikat tarbiah seperti kita mengenal hakikat islam itu sendiri..mungkin mudah untuk dicari tetapi amat sukar untuk menghayati....

ummu_abdullah said...

lakukanlah setiap amal dengan penuh keikhlasan dan mujahadah. penjagaan dari aspek ruhiyah sangat penting dalam membina ruh dakwah dalam diri. Kekuatan itu datang dari Allah, tiada siapa dapat memudharatkan kita selain izinya...

adm2i2h said...

numpang dakwah juga dong...

Post a Comment