Thursday, July 24, 2008

tanggungjawabmu ya ikhwati!!!!

Ikhwati,

Keluarga merupakan institusi dakwah yang paling dekat dengan seorang da’ei. Mereka juga merupakan orang yang paling awla menerima dakwah daripada kita. Tambahan lagi apabila sesebuah keluarga yang terdiri daripada mujahid-mujahid dan mujahidah yang memahami peranan ataupun tugas sebagai seorang hamba Allah.

{وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ}(الشعراء/214)
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”( Syuara’: 214)

Ikhwati,

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah ta’ala perlu kita lafazkan kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah yang amat mengambil berat terhadap kita sebagai anak-anak mereka. Kita tahu mereka tidak mempersiakan anugerah dan nikmat Allah ta’ala. Tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu seperti tugas seorang mu’alim atau murabbi yang mendidik anak murid dan mahu melihat mereka membesar dengan baik. Bukan sahaja baik dari sihat tubuh badan dan bukan hanya ingin mendapatkan anak yang hanya berjaya dalan kerjayanya. Malah apa yang mereka inginkan lebih daripada itu.

Seorang ayah dan ibu yang beriman kepada Allah ta’ala wajib membesarkan anak mereka dengan tarbiah islam yang ditetapkan oleh syara’ kerana mereka menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan amanah yang akan di soal di hadapan Allah kelak. Rasululllah s.a.w bersabda dalam hadis shohih:

كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته...

Kita semua mempunyai tanggungjawab dan kita akan di soal di hari kiamat kelak tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Di dalam hadis ini menyatakan diantara mereka yang bertanggungjawab ialah lelaki yang bertanggungjawab ke atas ahli rumahnya.

Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak merupakan satu perjuangan. Perjuangan mereka juga merupakan pengorbanan. Bermula daripada pemilihan calon isteri yang solehah, memilih nama yang sesuai bagi seorang anak dan seterusnya mendidik anak sebagai generasi muslim yang sebenar.

Ikhwati,

Bagi abang-abang atau adikku yang telah bergelar sebagai bapa atau ibu perlu memastikan diri mereka sentiasa bersedia untuk memikul amanah Allah dalam menguruskan rumahtangga. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah, ibu, isteri, suami atau sebagai seorang anak. Apa yang pasti, suami dan isteri merupakan asas kepada pembentukan sesebuah keluarga.


Anak-anak mungkin boleh menjadi fitnah bagi suami. Al-quran telah pun menjelaskan. Mungkin kita merasakan kebahagiaan apabila dapat bersama mereka. Erti kebahagiaan tidak akan tercapai apabila tidak disertai redha dari Allah. Firman Allah ta’ala:

{وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ}(الأنفال/28).
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”

Banyak sebenarnya yang perlu kita ketahui mengenai tanggungjawab dan hak-hak sesame manusia. Bagaimana seseorang dapat menjadi suami yang baik jika beliau tidak menghormati ibu-bapa. Bagaimana pula mahu menjadi seorang anak yang soleh jika larangan dan perintah Allah tidak dipatuhi!!!

HASIBUU ANFUSAKUM YA IKHWANII!!!!

0 comments:

Post a Comment