Saturday, August 22, 2009

Tingkatan Puasa


Menurut Imam Al-Ghazali.puasa(dari kaca mata tasawuf)
terbahagi kepada 3 tingkatan iaitu:
1.Shaum al-umum(Puasa orang kebanyakan)
Yakni,sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2.Shaum al-khusus(puasa khusus)
Ia merupakan puasa bagi orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut:
~Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama(Islam)
~Menjaga lisan daripada berdusta,menfitnah dan mengucapkan perkataan-perkataan keji.
~Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.
~Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.
~Menjaga agar tidak makan berlebih-lebihan ketika berbuka.
~Menjaga hari agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah s.w.t berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3.Shaum khusus al-khusus(puasa golongan yang khusus daripada khusus)
Puasa ini merupakan puasa kepada tiga golongan iaitu:
>Para nabi
>Al-siddiqun(orang-orang yang jujur)
>Al-muqarrabin(orang-orang yang dekat dengan Allah)

Friday, August 21, 2009

Solat Terawih...Apabila Emosi Mengundang di Jiwa


Ibn Suyuti menulis syarh dr Asy-Syeikh Suyuti Ar-Ramli:


"SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan, cacian dan makian. Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Banna memasuki masjid, mereka semua diam. Mungkin kerana ketokohan beliau yg dihormati penduduk setempat..

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan bahawa ia bukan sunnah. Yang sunnah kata mereka 8 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.

Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Banna bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Banna masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Mcm Nasyid Hijjaz "salah yg sikit dibesarkan, yg besar apatah lg." Inilah jdnya apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar..Sesetengah org mengambil mudah perkara ini krn mereka merasakan bhw Ulama'2 mu'tabar samada salaf mahupun khalaf hanyalah seperti seorang penuntut universiti yg mendapat PhD... Sebenarnya ilmu mereka sebenarnya lebih drpd itu...

Dalam isu solat tarawih ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim radhiyallahu 'anhuma dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah bersabda: "Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik rahimahullahu ta'ala pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau mendapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Jd, kesemuanya 39...

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois radhiyallahu 'anhu iaitu seorang tabi'en di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani rahimahullahu ta'ala. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Abad Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah radhiyallahu 'anha berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah rahimahullahu ta'ala berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat, mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48 )

Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan...

wallahu a'lam..

KEDATANGAN RAMADHAN




YA ALLAH! AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA IBU BAPA DAN KELUARGAKU.
BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MEREBUT GANJARANMU PADA RAMADHAN KALI INI.

ALLAHUMMABALLIGNA RAMADHAN!!!!
ALLAHUMMABALLIGNA RAMADHAN!!!!
ALLAHUMMABALLIGNA RAMADHAN!!!!

JADIKANLAH BULAN INI BERMAKNA BUAT KAMI!
KUATKAN UKHUWWAH KAMI!
TETAPKAN HATI KAMI!
JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH!
TIDAK ADA KEKUATAN BAGI KAMI MELAINKAN DARIMU YA ALLAH!

DEKATKAN KAMI DENGAN RAMHAT DAN MAGHFIRAHMU!
JAUHKAN KAMI DARI MAKSIAT DAN LARANGANMU!
JADIKANLAH RAMADAN KALI INI BERMAKNA BAGI DIRI INI!

Wednesday, August 19, 2009

Di Sebalik Kebun Gelong




Rasa bebas bila selesai exam. Tak terikat dengan mana-mana helaian kitab. Bermakna boleh la lepas ni menelaah atau baca mana-mana kitab yang aku suka. Kitab-kitab tambahan memang banyak. Tambah-tambah yang Aman beli. Tafsir, hadis, fiqh, sirah, tarikh, fikrah, dakwah, nahu, ulum quran dan banyak lagi. Tengok pun dah penat.

Kadang-kadang baca kitab melalui maktabah syamilah(prog kitab-kitab melalui komputer) yang memuatkan beribu-ribu kitab dari segala ilmu agama. Terbaca satu hadis dari kitab Silsilah Sohihah iman Albani. Terbayang mama dan baba yang suka berkebun. walaupun bercucuk tanam bukan punca rezeki utama keluarga, mungkin hobi atau minat mereka.

Kebun di Gelong atau belakang rumah mungkin aset sampingan untuk merasai hasil tanaman sendiri kerana benda yang paling berharga ialah apabila mendapat hasil dengan usaha sendiri. Macam bela anak-anak la. Tapi bila terbaca hadis ini, terbayang hasil "ukhrawi" yang tidak terlihat manusia. Ganjaran berganda bagi yang berusaha, bukan hanya bersahaja.



Nabi SAW bersabda: "Bukanlah seorang muslim yang menyemai benih atau bercucuk tanam, kemudian tanaman itu dimakan burung atau manusia atau binatang ternak kecuali ia adalah sedekah baginya." -bukhari muslim

Pokok-pokok durian, rambutan, manggis, dokong, langsat memang sedap dan enak. Namun ganjaran hanya bagi yang berusaha. Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman., nafkahkanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.." (al-baqarah: 267)

Saturday, August 15, 2009

SEDAP..mmmmm



dan lagi pi makan ikan bakaq. sedap jugak...ikan merah besaq boleh makan 4 orang tapi makan 2 orang ja. cicah pulak ngan sambai yemen. perkh!!!!..nanti kalo tufail atau sesapa nak mai bancik bawak pi...



gambaq nie jelas skit ikan dia. amik gambaq kot kamera enset jaa..

Wednesday, August 12, 2009

Cerita Lama

Bismillah walhamdulillah... Harap-harap tulisan ni tak menyinggung mana-mana pihak... Jangan dok begaduh sudah... hahah

Sebenarnya teringat nak tulih bila bancik cakap ada yg kena ikat kat pokok tu...huhu...

Kalau kisah aku dengan aman... huh... Main badminton elok dah kat Kg. Pulau Nyiur... Pastu, bulu ayam jatuh kat tengah, begaduh suruh aman amik, aman suruh aku amik. Naik geram la aku, dia dok ejek2, pastu apa lagi, raket aku yang mama baru beli petang tu, aku hentam aman sampai patah raket. Haha... Mengamuk satu kampung la aman tu...

Masuk rumah, dia amik pisau, ligan aku. ahha... nasib baik aku lari laju... last-last aman gak kena marah... sori la aman... nama pon cita lama... dah lepas lama dah... ehhe... saja-saja cita balik. Sapa-sapa ada cerita lagi, cerita la... huhu

Monday, August 10, 2009

Muhammad dan Abdullah dah besaq dah...

Ni picture terbaru muhammad dan abdullah, khas buat makcik dan akcik depa..ehehe...

 
Abdullah *cumell
Muhammad, aksi makan kaki...

Saturday, August 1, 2009

JIKA TIDAK KERANA ALLAH!

Mungkin sukar utk diterjemah dengan ucapan. Walaupun akal dan jasad letih bekerja, tanggungjawab keluarga perlu dijaga. Hak berkeluarga, hak berkawan, hak bermasyarakat, hak berdakwah dan hak bertuhankan Allah SWT. Perjuangan perlu diteruskan! Memahami kehendak keluarga dan masyarakat bersumber kehendak tuhan. Pastikan amal berterusan! Jika tidak kerana Allah.........

Harap anak-anak juga memahami kehendak tuhan. Memahami isi hati mama dan baba dan perjuangan mereka. Percaya selagi mereka berdaya! Jika tidak kerana ALLAH.....

Pelajaran tidak sama dengan pengalaman. Penerimaan tidak lengkap jika tidak didahului pemberian. Sukar untuk menerima jika hati tidak bersedia.. jika hati tidak percaya! Jika tidak kerana Allah....

Kita mungkin ada ustaz ustazah, doktor perubatan dan tenaga tenaga pengajar lain. Kepelbagaian ini jika disatukan dalam amal pasti akan menghasilkan satu komuniti berharga yg mampu berkhidmat utk agama. Jika tidak kerana Allah....

Indonesia, Yemen dan Malaysia adalah medan bagi setiap mereka yang sedang bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu dan amal. Membina syakhsiah walau di mana pun mereka berada! Mampu atau tidak bukan alasan. Hanya usaha yang menentukan. Jika tidak kerana Allah...