Friday, August 21, 2009

Solat Terawih...Apabila Emosi Mengundang di Jiwa


Ibn Suyuti menulis syarh dr Asy-Syeikh Suyuti Ar-Ramli:


"SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan, cacian dan makian. Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Banna memasuki masjid, mereka semua diam. Mungkin kerana ketokohan beliau yg dihormati penduduk setempat..

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan bahawa ia bukan sunnah. Yang sunnah kata mereka 8 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.

Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Banna bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Banna masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Mcm Nasyid Hijjaz "salah yg sikit dibesarkan, yg besar apatah lg." Inilah jdnya apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar..Sesetengah org mengambil mudah perkara ini krn mereka merasakan bhw Ulama'2 mu'tabar samada salaf mahupun khalaf hanyalah seperti seorang penuntut universiti yg mendapat PhD... Sebenarnya ilmu mereka sebenarnya lebih drpd itu...

Dalam isu solat tarawih ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim radhiyallahu 'anhuma dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah bersabda: "Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik rahimahullahu ta'ala pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau mendapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir. Jd, kesemuanya 39...

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois radhiyallahu 'anhu iaitu seorang tabi'en di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani rahimahullahu ta'ala. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Abad Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah radhiyallahu 'anha berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah rahimahullahu ta'ala berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat, mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48 )

Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan...

wallahu a'lam..

6 comments:

akhtar_7 said...

pandai hang tupai noo..tulih sendiri ka?

Afifah said...

thufail skrg dh byk ilmu..kan anak kesayangan baba..cece...kongsi la lg ilmu2 tu pd kami...cemburu sgt bila baba duk citer yg skolah men.al-azhar dh byk baca kitab2..

tringat kata2 imam Sya'rani-seseorg yg menuntut ilmu perlu ada dlm dirinya rasa rndah diri umpama air hujan yg turun d atas bukit kemudian akn trn ke tempat yg plg rendah,kemudian berkumpul dn brtakung...air yg bertakung sebagai tadahan yg mmberi mafaat pada org lain...

#kesimpulan-ilmu akn jatuh pada hati org2 yg tawadhu'..

pesanan ini terutama skali utk dri aku dan semua...

Abu Nawas said...

do'a2 la kt aku nk PMR dh nih...lg sebulan lg...

akhtar_7 said...

sama-sama doa semoga LOLON dapat skor PMR nie!!!

BIIIYYUH!!!

BIYYUUUH!!!

BIYYUHH!!!

ingat lagi tau biyyuh??

raihanah said...

biyyuh lon nabiywiwiwiwi...
yang tercintaeh....
huuu
lolonta..lolonta..huu
bt lek lok pmr..

ummu_abdullah said...

hahhahah ngarut hmpa nih.. woooooo

Post a Comment