Wednesday, August 19, 2009

Di Sebalik Kebun Gelong




Rasa bebas bila selesai exam. Tak terikat dengan mana-mana helaian kitab. Bermakna boleh la lepas ni menelaah atau baca mana-mana kitab yang aku suka. Kitab-kitab tambahan memang banyak. Tambah-tambah yang Aman beli. Tafsir, hadis, fiqh, sirah, tarikh, fikrah, dakwah, nahu, ulum quran dan banyak lagi. Tengok pun dah penat.

Kadang-kadang baca kitab melalui maktabah syamilah(prog kitab-kitab melalui komputer) yang memuatkan beribu-ribu kitab dari segala ilmu agama. Terbaca satu hadis dari kitab Silsilah Sohihah iman Albani. Terbayang mama dan baba yang suka berkebun. walaupun bercucuk tanam bukan punca rezeki utama keluarga, mungkin hobi atau minat mereka.

Kebun di Gelong atau belakang rumah mungkin aset sampingan untuk merasai hasil tanaman sendiri kerana benda yang paling berharga ialah apabila mendapat hasil dengan usaha sendiri. Macam bela anak-anak la. Tapi bila terbaca hadis ini, terbayang hasil "ukhrawi" yang tidak terlihat manusia. Ganjaran berganda bagi yang berusaha, bukan hanya bersahaja.



Nabi SAW bersabda: "Bukanlah seorang muslim yang menyemai benih atau bercucuk tanam, kemudian tanaman itu dimakan burung atau manusia atau binatang ternak kecuali ia adalah sedekah baginya." -bukhari muslim

Pokok-pokok durian, rambutan, manggis, dokong, langsat memang sedap dan enak. Namun ganjaran hanya bagi yang berusaha. Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman., nafkahkanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.." (al-baqarah: 267)

17 comments:

akhtar_7 said...

macam mana kebun tahun nie..banyak ka buah?

teringin nak makan dokong ngan durian baba...

pastu nyioq kat belakang rumah..mmmmm. suh banglong amik la sbb dia tinggi. haha

akhtar_7 said...

tak tau sapa pulak lepas nie yang nak jadi rajin cam baba mama.....

anah kot?

ipah kot?

ka enun?

kalo aman?

mmmmmm.......

Bangah said...

haritu bangah balik amek buah dokong dengan buah cempedak...banyak sampai tak larat nak angkat...

BUAH CEMPEDAH - CUCURR CEMPEDAK = TERBAIK!!!!!!!!!!

afifah said...

InsyaAllah lepas ni kalu ada masa kami akn melawat kebun kita.buah2 tu nnt kalu nk simpan takut bsuk, kami kna makan dlu..huhu..

soalan utk bancik...
aku keliru la..knape kadang2 dalm buku2 kat Malaysia ni bila ada tulis tentang hadith sohih Bukhari n Muslim mesti ada yg letak nama albani??/bila bgtau kat baba n ustz2 aku depa kata patutnya x payah letak nama albani kat hjung tu..n ramai org yg letak nama albani tu kebanyakannya wahabi..hmm.aku xmau la tuduh sapa2..tp aku just nk tanya pendapat ang..cz ramai yg kata klu kat sanaa' ni ramai golongan salafi wahabi(x smua la) n kat hadhralmaut plak sufi???

tringat waktu dlm klas tafaqquh..ust ada bgtau ttg syair imam syafie dlm daywan assyafie-kunu faqihan wa sufiyan(aku x ingt ayat yg proper)..tp yg dimaksudkn adalah jdlah kamu org yg faqih dan sufi..n kebanyakn kitab2 yg tulis syair tu byk yg buang perkataan "sufi"(klu x salh aku byk kitab2 dr puak syi'ah kut yg buang pktaan tu)..hmmm

sapa2 tlg komen skit...
syukran

-mus'abg'long- said...

pokok manggis ada gak.mesti sapa pon tak tau sbb baba tanam time usop baru lahir..

akhtar_7 said...

@ipah

Bismillahirrahmanirrahim.

Tentang hadis yang diriwayatkan Bukhari Muslim dan juga diselitkan Sohih oleh imam Albani. Betui la bila tak letak nama Imam Albani pon memang hadis tu shohih juga. Cuma Albani adalah di antara ulama kurun ke-21 yang mendalami dan membuat kajian dalam bidang hadis sehingga dapat meletakkan darjat sesuatu hadis berdasarkan hasil kajian sendiri. Bukhari, Muslim, Tarmizi dan setiap ulamak hadis mempunyai cara tersendiri dalam pengambilan hadis. Contoh paling dekat ialah Bukhari dan Muslim sendiri berbeza syarat penerimaan contohnya dari sudut sanad. Jumhur ulamak mentarjihkan sohih Bukhari daripada sohih Muslim walaupun kedua2nya sohih kerana salah satunya ialah syarat Bukhari dalam hadis mu'an'an ialah "subutulliqo'" maksudnya kepastian dalam bertemu. Ada pun Muslim hanya mensyaratkan "mu'asoroh" maksudnya mesti dalam satu zaman sahaja.

Berdasarkan apa yang bancik tau la, kalo tak tau tanya la lagi….

Kemudian dalam masalah sohih atau dhoif sesuatu hadis tak dak kena mengena langsung dengan sentimen wahabi ke tak. Imam Albani dengan penat lelah dan usaha gigihnya berjaya menguasai ilmu-ilmu islam yang mungkin sukar dikuasai oleh orang lain dan banyak memberi sumbangan kepada umat islam dari sudut keilmuan. Jadi tidak patut bagi manusia menafikan usaha beliau. Cuma jika ada bantahan terhadap beliau, suruhlah orang tu datangkan dengan hujah ilmiah. Bukan tuduhan buta semata-mata. Kalo orng yang betul2 alim nak tolak Albani tu lain citer….WALLAHUA'LAM

Tentang isu wahabi. Orang malaysia kena buat penilaian semula tentang istilah wahabi yang nak dinisbahkan kepada sapa?.....kalo cam tu syeikh yang kat mekah dan madinah? Takkan semua wahabi! Kalo yang kata Sana'a ni wahabi, abis tu sheikh Majid camna? Sheikh Karim Zaidan?..Salahkah wahabi? Haha. Ramai orang tak tau, tapi jawab macam tau. Aku pun banyak lagi tak tau.:) Tapi tuduhan-tuduhan macam tu hanya DZON. INNA BA'DOZ ZONNI ISM!!!! –wallahu a'lam

muslim_milenium said...

...salam,,... to Tok pah...
...
.....Ikut la nak letak nama Albani kaa tak ..takpa...

hadis Sohih ttp sohih...cuma Imam Albani sebagai peng-tahkiq hadith( Pengkaji/ penilai kontemporari terhadap hadith2) n boleh juga dikatakan sebagai Pakar dalam bidang hadith ....

Namun disana ada juga beberapa kesalahan yg dilakukan oleh Albani ,,,ada beberapa hadith yg sohih atau hasan di da'ifkan oleh albani & ada juga hadith yang dha'if di sohih n dihasan kan oleh Albani .... Biasalah manusia tak terlepas dari kesalahan...

Yang salah tetap salah.. cuma setiap kesalahan kena pebetui laa ...bukan dok kata2 jaa...kena pikiaq secara ilmiah beserta dalil2...

Kawan2 hang yg kata kalau sana'a wahabi tuu hang tanya laa depa balik .. soklan ni...

Depa tau mana..?...
Sapa Habaq...?...
kaa dengaq2 org kata jaa..?.,.,
tau kaa Siapa atau apa Wahabi tuu?..kaa dengaq org kata ja.?...

yang penting berfikir secara ilmiah ... bukan dengaq orang kata ...setiap perkara perlu ada neraca penimbang bukan kita terima trus ... jgn jadi org2 yang jumud n bahlol...

kna berfikir secara ilmi n saintifik ....

Kalau depa tak jelas boleh mai tanya aku...

kalau sufi plak ...perkataan sufi tak pernah wujud di zaman rasulullah .. cuma perkataan Ahlul Suffah " org miskin yg beribadat dlm masjid haram" ada lal...

...akhir kalam....

Salafi kaa ikhwan kaa ....Hizbul tahrir kaa...apa kaa... semua tak penting ...Allah tak tanya pun bila mati nnti..Allah tak tya kita pun hang nii salafi ka ikhwan ..


Yg Allah nak tnya iman ,imam n islam kita macamana...

okeh..harap tok kepah jelas .....

kalau tak jelas tanya lagi ...

ok....

posa Lek lok...

akhtar_7 said...

HAHA..

ipah..camna? hang kena la kalo aman jawab. syukran aman!!

Abu Nawas said...

salam..habis madu SEPAH dibuang....kesian hang...dh la madu pon habis...pastu hang plak kna buang...

x pa la ipah nooh...harap2 hang faham... padan hang kna dgn aman.. baguih2...

akhtar_7 said...

mana ada kena-kena. aku melawak ja tok pah...

afifah said...

to bancik,aman n lolon...

ni yg aku malas nk tanya ni,bila tanya duk kata kat org plak...hmmm..sepatutnya bg la komen yg membina...aku pn thullab yg baru blajar,x smua yg aku terima bulat2..kalu aku dengar org ckp2 x semstinya aku trima smua...aku akn usha dr skrg utk tmbh ilmu2 islam...
sykran 2 bancik n aman...buat lolon-Babbbbaaa...weeeee

afifah said...

persoalan baru....

1)imam albani....sapa yg bagi gelaran imam tu kat dia?
2)bleh x citer skit sejarah dia..yg aku tau skit2,imam albani telah dibuang negeri,n baca,kaji kitab2 d perpustakaan....dia ada x rujuk mana2 ulama???
3)dia pegang mazhab apa?
4)gelarn hujjatul islam(kalu x salah aku) yg diberi pda imam al-ghazali..byk buku2 yg buang gelaran hujjatul islam dimana gelarn ini diberikan oleh ulama' mu'tabar???komen skit!!
5)btul ka DR ASRI(bekas mufti perlis) galakkan org p sanaa-yaman dr hadral maut????

p/s-persoaln2 sprt ini byk bermain d fikiran aku..bukan mengata atau menuduh,hanya mahukan penjelasan dan panduan yg betul di dlm menuntu ilmu...harp fhm(t'utamanya lolon ta..huhu)

Al-faqir
bintu_sayuti

Abu Nawas said...

mintak maap ipaahh....

-mus'abg'long- said...

makin byk ilmu,makin banyak pertanyaan.

akhtar_7 said...

@ipah

tupai melawak ja tok pah. nanti aku komen pasai apa yag hang nak tu. tak pon aman pun boleh. baguih la tanya....

baguihnya....

baguihnya...

baguihnya....

ummu_abdullah said...

hang tanya ustaz google pon dia tau..huhu...

raihanah said...

haha..kesian tok pah..huk2...lolon..ang pmr bila??

Post a Comment