Thursday, November 13, 2008

Program-program Dakwah

...Dakwah non-muslim ....Bersama Akhi Nicholas Sylvester (Pengerusi Jawatankuasa JIM pusat, Pengerusi Hidayah Center )... Teori & praktikal ....







....Jom Rehlah....Ikhwah2 Palestine nk sangat mandi2 ..huh!!!asyik mandi peluru jaa....(Aman , Mahmood, Ahmed , Baba ) - Lata Celak , Baling -


...Rezki ...!!!! dapat makan daging Kijang !!!...Alhamdulillah.... moga Ukhuwwah Berkekalan kerana Allah....(11/11/08 )
....Kadang kita perlu memahami atau lebih memahami kekosongan2 dlm dunia remaja2 Islam ....(Taman Tema Tasik, Jitra )...Berkayak beramai2 ... jgn jelous !!!!! - 13/11/08 -

....(Meor, Syahir , Papaiz ,Pa'it, Amsyal) ....lps jgg berkayak pulak.... - 13/11/08 - (Taman Tema Tasik , Jitra )

....Berdakwah sambil Beriadhah .......Abu_Muslim ...
......Melihat Impian masing2... .... .huh!!!!..poyoss....



.......Kenangan Manis bersama Thaqib .. ..Tansyir Risalah "Jgn Dekati Zina " (Darulaman Park, Taman Tema Tasik, Jitra) 12/12/05

Sunday, October 26, 2008

Eid Fitr 08

Gambar Raya 08

Saturday, September 13, 2008

Mama, Baba dan Thufail Ziarah Yaman

 
Lain la aman la ni... huhu

Tuesday, August 19, 2008

Menonton televisyen(tv) haram apabila ia melalaikan daripada solat

diterjemah oleh: abu huzaifah

Pendapat menonton tv bagi orang yang berpuasa di bulan ramadhan

Jawapan Sheikh Yusof Abdullah al-Qaradawi:

Tv adalah diantara alat penyebaran. Ia mempunyai kebaikan dan keburukan dan setiap wasilah mesti mempunyai hukum maqasid tersendiri. Televisyen seperti radio dan helaian akhbar; ada baik dan buruknya. Bagi seorang muslim mereka perlu mengambil manfaat daripada wasilah tersebut dan menjauhi apa yang buruk tidak kira samada sedang berpuasa atau tidak. Tetapi dalam berpuasa, seorang muslim perlu lebih berhati-hati supaya tidak merosakkan ibadat puasanya dan juga supaya tidak mengurangkan pahala dan diharamkan daripada mendapat ganjaran daripada Allah ta’ala.

Aku tidak mengatakan menonton tv HALAL secara mutlak, tidak juga HARAM secara mutlak. Sebenarnya ia mengikut apa yang ditonton. Jika baik maka dibenarkan menonton, mendengar seperti sebahagian rancangan agama, berita dan rancangan yang menyeri kepada kebaikan. Tetapi jika rancangan yang ditonjolkan tidak baik seperti menonton rancangan tarian yang tidak menutup aurat dan seumpamanya, maka hukumnya haram, apatah lagi di bulan ramadhan.

Begitu juga tontonan yang makruh, walaupun tidak sampai ke darjat haram dan juga setiap wasilah yang menghalang daripada mengingati Allah adalah haram. Apabila menonton tv atau mendengar radio atau seumpamanya melalaikan daripada apa yang diwajibkan Allah ta’ala seperti solat, maka hukumya juga haram pada ketika itu.

Haram hukumnya jika sseorang menyibukkan dirinya daripada solat dengan apa sahaja. Ketika Allah ta’ala mengharamkan arak dan judi adalah dengan kerana:

91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (surah Al-maidah)

Para penganjur rancangan-rancangan tv harus takut kepada Allah dengan apa yang dipersembahkan kepada penonton terutamanya pada bulan ramadhan untuk menjaga kehormatan bulan ramadhan, menjaga manusia untuk mengingati Allah dan meningkatkan amalan kebaikan supaya para penganjur tidak menanggung dosa-dosa sendiri dan juga dosa para penonton sepertimana firman Allah ta’ala:


25. (ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu. (surah an-nahl)


Pernah diterbitkan dalam surat khabar royah qatariah
*sumber:terjemahan dari laman qaradawi.net

TOP UP doa sebelum ramadhan!!!!!!

sumber: qaradawi.net


إلهنا: منا ما يليق بجهلنا، ومنك ما يليق بحلمك، ومنا ما يليق بلؤمنا ومنك ما يليق بكرمك، منا ما يليق بضعفنا ومنك ما يليق بقدرتك، منا ما يليق ببشريتنا ومنك ما يليق بربوبيتك، منا ما يليق بالطين والحمأ المسنون، ومنك ما يليق بالحي القيوم

.
إلهنا: لن نضيع وأنت حسبنا ونعم الوكيل.

ولن نضام وأنت لنا نعم المولى ونعم النصير.

ولن نخذل، ونحن بعينك التي لا تنام، وفي كنفك الذي لا يرام.

اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب، اللهم اغسلني من خطاياي بالماء والثلج والبرد. اللهم نقني من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس

اللهم بارك لي في سمعي وبصري، وعلمي وعملي، ورزقي وعافيتي، ووقتي وعمري، وجميع ما أنعمت به علي.اللهم بعلمك الغيب، وقدرتك على الخلق، أحيني ما علمت الحياة خيرا لي، وتوفني إذا علمت الوفاة خيرا لي، اللهم وأسألك خشيتك في الغيب والشهادة، وأسألك كلمة الحق في الرضا والغضب، وأسألك القصد في الفقر والغنى، وأسألك نعيما لا ينفد، وأسألك الرضا بعد القضاء، وأسألك برد العيش بعد الموت، وأسألك لذة النظر إلى وجهك، والشوق إلى لقائك، في غير ضراء مضرة، ولا فتنة مضلة، اللهم زينا بزينة الإيمان، واجعلنا هداة مهتدين

Tuesday, August 5, 2008

Utk Mama & Baba Sebelum bermusafir ke Yaman ..

AYAT-AYAT AL-QURAN & HADITH BERKAITAN YAMAN & AHLINYA

1. Firman Allah SWT , surah Al-Maidah ayat 54:
(( فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه ))
Maksudnya: (( Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai –Nya))
a. Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari: bahawa Nabi SAW bersabda (( Mereka itu adalah kaummu )), dan Abu Musa adalah dari ahli Yaman (Tihamah) – HR Al-Baihaqi
b. Di dalam Tafsir Al-Jalalain (Imam As-Sayuthi) di dalam tafsir ayat ini, ketika Nabi membacakan ayat tersebut lalu Nabi SAW menunjukkan isyarat jarinya kepada Abu Musa Al-Asy'ari
c. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas Mengatakan : “Sekumpulan manusia dari Ahli Yaman, kemudian dari Qabilah Kandah, kemudia dari Bani As-sukuun. (Qabilah dari Hadramout) –Tafsir Ibn Kathir – (Surah Maidah :54)

2. Firman Allah SWT, surah Saba' ayat 15:
(( بلدة طيبة ورب غفور ))
Maksudnya: (( Negara yang makmur dan Tuhan melimpahkan keampunan ))
a. Imam Al-Qurthubi menyatakan : Negara yang makmur bermaksud banyaknya buah-buahan serta hawanya yang nyaman. Dan Tuhan mengampuni bermaksud disembunyikan dosa. Maka negara itu terhimpun padanya kemakmuran dan keampunan.

3. Firman Allah SWT, surah An-Nasr, ayat 1-2:
اذا جاء نصر الله والفتح * ورأيت التاس يدخلون فى دين الله افواجا
Maksudnya: (( Apabila telah datang kemenangan Allah dan pembukaan (Mekah) * Dan engkau telah lihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara beramai-ramai ))
a. Diriwayatkan oleh At-Thabrani: bahawa Nabi SAW menyatakan mereka yang masuk Islam secara berbondong-bondong itu adalah ahli Yaman
b. Dari Hasan Al-Basri: apabila dibuka Kota Mekah, berkata kaum Arab sesama mereka bahawa mereka yang masuk Islam beramai-ramai itu ialah ahli Yaman, iaitu kira-kira 40 orang atau lebih.

4. Firman Allah SWT, surah Muhammad ayat 38:
وإن تتولو يستبدل قوما غيركم ثما لا يكونوا أمثالكم
Maksudnya: (( Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain , dan mereka tidak akan seperti kamu ini ))
a. Berkata Al-Baghawi dan Al-Khazin: mereka ialah suku Kindah dan Nakha' (qabilah dari Yaman)
b. Dari Al-Qurthubi: mereka ialah ahli Yaman dari golongan Ansar, yang dipetik dari Ibnu Abbas.

HADITH-HADITH BERKAITAN YAMAN & AHLINYA

(18) Sabda Nabi SAW:
(( أتاكم أهل اليمن أرق أفئدة وألين قلوبا الإيمان يمن والحكمة يمانية ))
Maksudnya: (( Telah datang kepadamu ahli Yaman, yang hatinya lembut, iman Yaman dan hikmahnya ahli Yaman )) HR Bukhari & Muslim.

2. Nabi SAW bersabda:
الإيمان ها هنا وأشار بيده الى اليمن
Maksudnya: (( Iman di sini (sambil menunjukkan tangannya ke dada-hati) serta diisyaratkan tangannya
Kearah negera Yaman )) HR Bukhari & Muslim.
Berkata Al-Baghawi di dalam Syarah As-Sunnah: ini ialah pujian Nabi SAW kepada ahli Yaman berdasarkan cepatnya penerimaan mereka kepada iman (Islam) serta kerendahan hati mereka.

3. Di dalam hadith yang lain dari Ibnu Hibban, dari Ibnu Abbas Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ((Allah Maha Besar. Telah datang kemengan Allah (pembukaan Mekah) dan telah datang ahli Yaman yang bersih hatinya, lemah-lembut serta taat tingkah lakunya. Imannya Yaman, faqihnya Yaman dan hikmahnya Yaman ))


Kisah Ashabul Jannah (tanaman kebun yang terbakar akibat niat buruk mereka kepada orang-orang miskin) :

Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 17-33 :
17] Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi.
[18] Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
[19] Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
[20] Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
[21] Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain.
[22] (Setengahnya berkata): Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya.
[23] Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
[24] Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu.
25] Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
[26] Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita).
[27] (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri).
[28] Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: Bukankah aku telah berkata kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): Amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu)?
[29] Mereka berkata (dengan sesalnya): Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!
[30] Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
[31] Mereka berkata: Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
[32] Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap.
33] Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia) dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
Kisah Kaum Saba` dan Ardhul Jannatain (Dua kebun)
Firman Allah dalam surah Saba` ayat 15-18 :
(15) Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kepada mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.
(16) Tetapi mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
(17) Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.
(18) Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang kami limpahkan berkat kepdanya (negeri yg berada di syam), beberapa negeri yang berdekatan (negeri-negeri antara Yaman & Syam) dan kami tetapkan antara negeri itu (jarak2) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman .





Kisah puteri Balqis dan Nabi Sulaiman :

Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 29 – 44 :
[29] (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba’(Balqis): Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
[30] Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
[31] Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).
[32] Raja perempuan (Balqis) itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.
33] Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
[34] Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
[35] Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita
[36] Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
37] Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.
[38] Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
[39] Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
[40] Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku mengingkari nikmat-nikmat Nya. Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya tuhan-ku Maha Kaya lagi Maha Mulia.

Kisah Nabi Sulaiman dan Burung Hud-hud :

Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 20-28 :
[20] Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir?
[21] Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku dengan alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab dia tidak hadir).
[22] Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud) lalu berkata “ Aku telah mengetahui sesuatu yg kamu belum mengetahuinya dan kubawa padamu dari negeri Saba’ suatu berita penting yang diyakini .
[23] Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar.
24] Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah, dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah) , sehingga mereka tidak mendapat petunjuk .
[25] (Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
[26] Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.
[27] Nabi Sulaiman berkata: Kami akan lihat dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau beritakan itu ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
28] Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.

KISAH NABI HUD DAN KAUMNYA A’AD (Al-A’RAF)

69] Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka ingatlah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
[70] Mereka berkata: Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar.
[71] Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbantah denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku
juga menunggu bersama-sama kamu

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahqaf
22] Mereka menjawab: Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar!
[23] Nabi Hud berkata: Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul)!
[24] Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
[25] Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.

SEJARAH RINGKAS NEGARA YAMAN BERDASARKAN NAS AL-QURAN & AS-SUNNAH

A. Tempat-tempat Bersejarah di Yaman

1. Sanaa:
a. Gereja Abrahah (Kullais)– dibina untuk menyaingi Kaabah di Mekah, masih kekal binaannya di Bab Al- Yaman (Yemen Gate), rujuk: Tafsir Ibn Kathir :Surah Al-Fiil (ayat 1-5)
b. Masjid Al-Kabiir (The Great Mosque) – dibina oleh sahabat yang bernama Wabr bin Yuhannas atas arahan Nabi SAW ada 6H
2. Saba’ (Ma’rib):
a. Istana dan tempat sembahan (Temple of the Sun) Balqis, yang akhirnya beriman dan berkahwin dengan Nabi Sulaiman AS. Rujuk: Surah An-Naml ayat 29-44
b. Empangan lama Saba’, rujuk: Surah Saba’ ayat 15-18
3. Amran:
Kisah tanaman kebun yang terbakar sebagai balasan Allah kerana niat buruk pemiliknya (Ashabul Jannah) terhadap orang-orang miskin. Rujuk: Surah Al-Qalam ayat 17-33

4. Ahqaf (Hadramaut):
Kisah Nabi Hud As dan kaumnya A’ad, rujuk: Surah Ahqaf (21-25), dan Surah Hud ayat 50-60



B. Tokoh-tokoh Yang Berasal Dari Yaman

a. Nabi Muhammmad SAW – susur galur keturunannya bersambung dengan nasab Nabi Ismail AS yang mana isterinya dari suku Jurhum yang berasal dari Tihamah, Yaman
b. Para sahabat Nabi SAW:
(1) Muaz bin Jabal
(2) Abu Musa Al-Asy’ari
(3) Abu Hurairah (Abdul Rahman bin Sakhar)
(4) Zaid bin Thabit
(5) Zaid bin Harithah
(6) Keluarga Yasir (Yasir dan Ammar)
(7) Thufail bin Amru Ad-Dausi
(8) Abdullah bin Rawahah
(9) Saad bin Muaz (ketua Ansar)

c. Tabiin:
Uwais Al-Qarni – Nabi SAW pernah berpesan kepada Umar Al-Khattab untuk mencari beliau yang mana beliau terkenal di kalangan penduduk langit serta mustajab doanya, berdasarkan hadith riwayat Muslim. Rujuk: Riyadh As-Solihin, hadith 373..
Abu Muslim Al-Khaulani - Seorang tabi’in yg dianugerahi keimanan yg mantap serta tabah dalam mengharungi tribulasi ketika mana ramai penduduk Yaman dimurtadkan oleh Aswad Al-ansiy, yang mengaku sebagai nabi yg diutuskan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w .

d. Para ulamak (silam dan moden):
(1) Al-Imam Muhammad bin Ismail Al-Amir As-San’ani – pengarang kitab Subul As-Salam Syarah Bulughul Maram)
(2) Al-Imam Muhammad bin Ali As-Syaukani – pengarang kitab-kitab terkenal seperti tafsir Fathul Qadir dan kitab hadith Nail Al-Author
(3) Syeikh Muqbil Al-Wadie – muhaddith dan pengasas Markaz Hadith, Saa‘dah
(4) Syeikh Muhammad Ismail Al-Amrani –muhaddith dan mantan Qadhi Besar Yaman
(5) Habib Umar Al-Hadhrami – pengasas Darul Musthafa, Tarim
(6) Syeikh Abu Hasan Mustafa bin Ismail – muhaddith dan pengasas Darul Hadith, Ma’rib
(7) Syeikh Muhammad Imam Al’Ma’bari – muhaddith dan pengasas Darul Quran, Dhammar
(8) Syeikh Dr. Abdul Majid bin Aziz Az-Zindani – pengasas Universiti Al-Eman, pengasas Bahagian Mukjizat Saintifik Dari Al-Quran dan Sunnah di Liga Muslim Sedunia (World Muslim League) serta penemu penawar penyakit AIDS .

( Edit ,pembetulan & semakan ) -Abu_Muslim- (masas_iua@yahoo.com.sg)

Rujukan :
Syarh Sahih Muslim (Imam Nawawi)
Nuzhatul Muttaqin syarah Riyadus As-solihin (Imam Nawawi)
Al-quran terjemahan versi Indonesia
Suar Min Hayati At-tabien (Dr Abd Rahman Al-Bash)
Tafsir Ibn Kathir

Dalam Umah Aman & Bancik (Yamen)

Aman nya meja study.. Sbnarnya .. rak-rak buku tak cukup .. so banyak buku terpaksa tak kat atas meja...skrang nih lagi banyak buku-buku bertambah ....
Library kecik dalam rumah, insyaAllah akan diperbesar...Aman & Bancik nya Colection...buku2 dari malaysia n indon masih kurang.. semuanya utk rujukan umum utk pelajar2 yg kurang kemampuan membeli buku @ kitab .. . ..harap lepas ni dapat sumbangan lebih sket ...hahahha!!!!!!




Islam Yang Syumul..Bagaimana Kita Memahami-Nya

By : Abu_Muslim

Kehidupan kini yang dipenuhi oleh nuansa-nuansa metarialistik, permainan nafsu yang bertebaran, serta isme-isme dan anasir-anasir Jahiliyyah yang datang menyerang secara ganas dan begitu tersusun menyerang Ummah Islamiyyah . Keadaan yang begitu menggerunkan serta menggoncangkan keimanan seorang Mukmin Al-Haq (Believer) dalam menempuhi kehidupan seharian sebagai seorang muslim . Kepada Ummah Islamiyyah secara umumnya dan kepada Harakah Islamiyyah secara khususnya haruslah menyediakan serta melengkapkan kepada anak-anaknya bekalan dalam menghadapi tribulasi kehidupan yang serba menawan dan mencabar kini. Secara zahirnya , kebanyakan manusia terutamanya ummat Islam hanya mampu melihat dan menonton keadaan mereka yang begitu tragis tanpa melakukan apa-apa dalam mengembalikan dan menegakkan kembali kebangkitan Islam (Sohwah Islamiyyah) serta Ke-Izzahan (Kemulian) ummah.

Dalam mengembalikan ke-Izzahan (Kemuliaan) ummat Islam , Ummah Islamiyyah haruslah mengetahui bahawa kemuliaan hanya akan dapat dikembalikan apabila ummat Islam kembali kepada Islam dan Iman yang sebenar , sepertimana kata-kata Saidina Ummar Al-Khattab :

(( نحن قوم أعزنا الله با الإسلام ، فمهما ابتغينا العز في غيره أذلنا الله))

“ Kita adalah kaum / ummah yang dimuliakan Allah dengan Islam , maka apabila kita mengharapkan kemulian selain daripadanya , kita akan dihinakan oleh Allah” –Tarikh khulafa’ Ar-Rasyidin- Dr. Al-Kholidy-

Islam yang sebenar ialah, Islam yang tidak hanya tertegak pada aspek dan syiar-syiar ibadat (Ritual & Worship) semata, juga tidak tertegak dengan sistem politik, ekonomi dan sosial semata-mata sepertimana fahaman golongan sekular,ahli-ahli sufi serta pengikut mereka yang hanya membataskan Islam dalam ruang lingkup spiritual (Ritual & Worship) semata-mata, tidak ada hubungannya dengan politik ,ekonomi ,sosial dan semua aspek kehidupan . Tasawwur serta perspektif yang bersimpang dengan ajaran Islam serta pemikiran-pemikiran jahiliyyah sebegini merupakan faktor utama kelemahan serta penyelewengan ummat Islam kini….. . Oleh itu, dengan apakah Islam akan tertegak ? … …. …. … ?

Rasulullah SAW bersabda kepada Qabilah Bani Syaiban bin Tha’labah ketika memperkenalkan diri baginda dalam berdakwah kepada qabilah-qabilah di Mekah maksudnya :

(( ما أسأتم الرد إذا أفصحتم بالصدق، إنه لا يقوم بهذا الدين إلا من أحاطه من جميع جوانبه))

“ Kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran . Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut ” – Sirah Nabawiyyah : Ibn Kathir –


Inilah hakikat Islam yang sebenar, Islam yang datang dengan risalah-Nya yang Aalamiyyah(Universal) dan unik, sistem pensyariatan yang dinamik , serta method tasawwur(Perspective) yang syamil(Comprehensive) sepertimana benarnya dan murninya para-para Sahabat dan Salafussoleh menyikapinya. Islam sesekali tidak dapat menerima aspek yang bersifat juz’iyyah(Serpihan) yang hanya menumpukan kepada satu sudut tertentu sahaja. Oleh itu Islam ialah satu sistem yang syumul(Comprehensive) yang merangkumi: (Negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta benda atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah . Sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah) – Usul 20 -

Pada hakikatnya perbuatan menjuzu’kan(memisah-misahkan) ajaran Islam adalah satu jenayah dan pengkhianatan(Infidelity) terkutuk yang dilakukan keatas Islam (Syari’at Allah). Allah menghendakinya sempurna dan telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai penyempurna dan seterusnya untuk melaksanakannya dengan penuh sempurna. Benarlah sepertimana Allah SWT berfirman :

(( .... اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا.....))

“ ……pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu Deen ( agama) kamu dan telah Aku sempurnakan ni’matKu ke atasmu dan telah aku redhai untuk kamu Islam itu sebagai Deen” (Al-Maidah : 3)

Dan ini pula ayat Al-quran yang mengecam Bani Israel yang melakukan perbuatan memisah-misahkan sepertimana firman Allah SWT :

أفتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون بعض ، فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزى في الحياة الدنيا ، ويوم القيامة يردون إلي أشد العذاب"
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.” (Al-Baqarah : 85)

Firman Allah SWT :

(( يا أيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كآفة ولا تتبع خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين ))

“ Wahai orang-orang yang beriman !! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu” (Al-Baqarah : 208)

Beginilah kita melihat tentang kesyumulan makna Islam. Jikalau orang lain hanya menumpukan kepada satu sudut sahaja, maka kita pula menumpukan kepada kesemua sudut ini dan mengetahui bahawa itu semua adalah daripada tuntutan-tuntutan Islam. Namun, disana terdapat satu persoalan pentng yang harus diutarakan iaitu “Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal denganNya ?” …….. …… ……. ?

Setiap orang yang melihat kepada petunjuk Rasulullah SAW dan sirah Salafussoleh, akan dapati bahawa mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan mempraktikkannya, bahkan mereka menjadikan Islam sebagai Manhaj kehidupan(Way of life) yang merangkumi segenap aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka mengambil wasilah-wasilah(Ways) yang terdaya untuk mengubah kefahaman ini kepada Waqi’e Amaliyyah ( Factually & Actually) atau realiti yang amali, yang mempunyai keperibadian, bukannya terbatas kepada serban di atas kepala dan iman yang tersembunyi di dalam hati .

Inilah Hakikat Niha’iyyah (Ultimate Realities) kepada makna Iman yang benar iaitu :
" ما وقر في القلب وصدقه العمل "
- Apa yang diikrarkan di dalam hati dan di benarkannya dengan amal-

Hakikatnya Allah SWT tidaklah hanya meminta kepada manusia beriman kepadanya semata-mata , tetapi sesungguhnya Allah SWT menginginkan ke-Imanan yang berada di dalam lubuk hati manusia memancarkan cahaya Amaliyyah (Practical) dalam kehidupan sehariannya. Disana terdapat banyak sekali Kalamullah(Word of God) di dalam Al-quran yang menerangkan tentang Iman dan amal soleh serta kaitannya. Firman Allah SWT :

(( ويبشر المؤمنين الذين يعملون الصالحات أن لهم أجرا حسنا ،ماكثين فيه أبدا ))

“……dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.” (Al-Kahf : 2-3)

(( إن هذا القران يهدي للتي هي أقوم ويبشر المؤمنين الذين يعملون الصالحات أن لهم أجرا كيرا))

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.(Al-Isra’: 9)

(( فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا ))

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahf : 110)

(( وما أموالكم ولا أولادكم بالتي تقربكم عندنا زلفي إلا من آمن وعمل صالحا فأولئك لهم جزاء الضعف بما عملوا وهم في الغرفات آمنون))

“Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.” ( As-Saba’ 37)

Keimanan atau aqidah yang benar beserta tasawwur yang murni terhadap Islam akan membuahkan amal-amal ibadah yang sah (Sohihul Ibadah) yg mencangkupi seluruh aspek kehidupan serta dapat mewarnai kehidupan dengan akhlak yang terpuji (Matinul Khuluq) sesuai dengan tuntutan-tuntutan syariat . Sebagai satu contoh dekat yang dapat dilihat ialah , kadang kita dapat melihat seorang Akh muslim berada di mihrab dalam keadaan penuh khusyu’, tekun, menangis dan merendah diri. Tidak lama kemudian kita melihat beliau adalah seorang penceramah yang menyampaikan pengajaran dan peringatan yang mengetuk hati dan sanubari. Selepas itu kita melihat beliau adalah seorang ahli sukan yang tangkas, membaling bola, berlari atau berenang. Selang beberapa ketika beliau berada di kedai atau pejabatnya melaksanakan pekerjaan dengan penuh amanah dan ikhlas.

Gambaran-gambaran sebegini secara zahirnya dilihat oleh kebanyakan orang sebagai bertentangan , tidak boleh bergabung di antara satu sama lain. Inilah beberapa hakikat yang diseru oleh Islam . Inilah dakwah yang dibawa oleh Muhammad SAW dengan melaksanakannya dalam kehidupan yang realiti, bukanlah khayalan-khayalan (Utopia) ahli-ahli falsafah serta angan-angan orang tolol yang tertipu dengan kehidupan duniawi.

(Inspiration Of Pen) 11.45pm -15/06/08
Sanaa’ Republic of Yamen

Rujukan Asas:
- Majmu’ah Rasaail ( Hassan Al-Banna )
- Tarikh Khulafa’ Ar-rasyidin (Dr Muhammad As-Solabiy)
- Al-Uulamah wal Al-Islam ( Muhd Qutb)
- Nazaraat Fi Risalah At-Ta’lim ( Dr Muhd Abdullah Al-khatib)
- Ila Ayyi Syai’in Yad’uu Al-Islam ( Abu Al-A’la Maududi)
- Abjadiyyat Fi Tasawwur Haraki lil Amal Islami ( Fathy Yakan)

Monday, August 4, 2008

PERKEMBANGAN FIZIKAL ABDULLAH

Sunday, July 27, 2008

umah bancik aman

ni blakang umah bancik..tingin nak bela ayam, arnab dll..tapi semua mati kesejukan..tah la..mungkin tk pandai jaga kot.hehe





ni gambaq umah bancik..cantik dak? pandangan dari luaq ni..dalam tak tengok lagi..hehehe..tangki air kat atas rumah tu kami kena panjat isi sendiri..ish ish ish..ni kalo orang pompuan tak leh hidup kat rumah ni..nasib baik ipah tak jadi mai.haha


Thursday, July 24, 2008

tanggungjawabmu ya ikhwati!!!!

Ikhwati,

Keluarga merupakan institusi dakwah yang paling dekat dengan seorang da’ei. Mereka juga merupakan orang yang paling awla menerima dakwah daripada kita. Tambahan lagi apabila sesebuah keluarga yang terdiri daripada mujahid-mujahid dan mujahidah yang memahami peranan ataupun tugas sebagai seorang hamba Allah.

{وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ}(الشعراء/214)
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”( Syuara’: 214)

Ikhwati,

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah ta’ala perlu kita lafazkan kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah yang amat mengambil berat terhadap kita sebagai anak-anak mereka. Kita tahu mereka tidak mempersiakan anugerah dan nikmat Allah ta’ala. Tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu seperti tugas seorang mu’alim atau murabbi yang mendidik anak murid dan mahu melihat mereka membesar dengan baik. Bukan sahaja baik dari sihat tubuh badan dan bukan hanya ingin mendapatkan anak yang hanya berjaya dalan kerjayanya. Malah apa yang mereka inginkan lebih daripada itu.

Seorang ayah dan ibu yang beriman kepada Allah ta’ala wajib membesarkan anak mereka dengan tarbiah islam yang ditetapkan oleh syara’ kerana mereka menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan amanah yang akan di soal di hadapan Allah kelak. Rasululllah s.a.w bersabda dalam hadis shohih:

كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته...

Kita semua mempunyai tanggungjawab dan kita akan di soal di hari kiamat kelak tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Di dalam hadis ini menyatakan diantara mereka yang bertanggungjawab ialah lelaki yang bertanggungjawab ke atas ahli rumahnya.

Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak merupakan satu perjuangan. Perjuangan mereka juga merupakan pengorbanan. Bermula daripada pemilihan calon isteri yang solehah, memilih nama yang sesuai bagi seorang anak dan seterusnya mendidik anak sebagai generasi muslim yang sebenar.

Ikhwati,

Bagi abang-abang atau adikku yang telah bergelar sebagai bapa atau ibu perlu memastikan diri mereka sentiasa bersedia untuk memikul amanah Allah dalam menguruskan rumahtangga. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah, ibu, isteri, suami atau sebagai seorang anak. Apa yang pasti, suami dan isteri merupakan asas kepada pembentukan sesebuah keluarga.


Anak-anak mungkin boleh menjadi fitnah bagi suami. Al-quran telah pun menjelaskan. Mungkin kita merasakan kebahagiaan apabila dapat bersama mereka. Erti kebahagiaan tidak akan tercapai apabila tidak disertai redha dari Allah. Firman Allah ta’ala:

{وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ}(الأنفال/28).
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”

Banyak sebenarnya yang perlu kita ketahui mengenai tanggungjawab dan hak-hak sesame manusia. Bagaimana seseorang dapat menjadi suami yang baik jika beliau tidak menghormati ibu-bapa. Bagaimana pula mahu menjadi seorang anak yang soleh jika larangan dan perintah Allah tidak dipatuhi!!!

HASIBUU ANFUSAKUM YA IKHWANII!!!!

Saturday, July 19, 2008

Pendidikan Anak

Kekuatan itu datang Dari ALlah...
Ya Usroti...
Teruslah berda'wah dalam kepayahan hidup di dunia, demi kehidupan Akhirat sana...
Pendidikan Anak
Buat balong yang dah dikurniakan yusuf yang comel.. dan bangah yang menanti kedatangan sang permata hati... Di sini just nak kongsi beberapa perkara yang telah dilalui dan sedikit teori.. sikit ja... =P
Seorang anak itu belajar sepenuhnya dari seorang ibu dan ayahnya.. serta persekitarannya... apa yang kita lakukan, apa yang kita bicarakan dan apa persekitarannya, semuanya menjadi pengaruh besar dalam diri seorang anak... dalam usia 0-5 tahun ini, anak-anak mula absorb segalanya daripada parents dan persekitaran... so, tugas ummi adalah menyediakan persekitaran yang baik buat anak di samping berusaha menunjukkan nilai2 positif pada diri sang anak...
Ummi, ingat bahawa, kita dikurniakan seorang anak sebagai amanah... terpulang pada kita bagaimana mahu mencorak mereka... sekali anak meninggikan suara... ingat semula... apakah kita pernah melakukan hal itu di hadapannya atau terhadapnya... apa saja yang anak kita lakukan... semuanya datang dari diri kita... namun, bila saja anak sudah dewasa dan beinjak ke daerah luar rumah... maka hati-hatilah... pastikan pengawasan terhadap anak tetap berjalan...
Ini hanya sekadar perkongsian... mama n baba lagi banyak pengalaman... kalau ada  masa mama n baba kongsi la dengan kami... =)

Monday, July 14, 2008

ahsan ziarah!

Mama baba dan tupai akan berangkat ke mekah bulan ogos ni..transit di yemen katanya hanya dua hari….waktu yang amat singkat…rasanya sempat belaga pipi dan duduk bersembang sekejap sebab waktu tu aku ngann aman tengah pekse…ish..rasa ca.. tak puas ja…..

Pi mekah….

Teringat dulu-dulu..banglong, bangah, bancik dan enun…semua pi mekah waktu kami kecik..lebih kurang umur tufail sekarang ni la…ingat lagi skit2 kenangan tu…macam bancik banglong ngan enun, kami pi singgah Jordon mesir. Lepas tu baru bertolak ke mekah dan ada gak singgah madinah…madinah mesti kena pi punya…apa apa pun…..tima kasih kepada baba ngan mama kerana bawa kami..lani nak bawak tupai pulak….semoga selamat semuanya….

Kesian depa..

Bagi ipah ngan anah..tak dapat nak rasa lagi udara mekah…sian depa ni…tapi nak wat camna…lain kali dengaq cakap mama baba..hehe..pastu jimat2 la blanja. Tolonga mama slalu..haha bodek la tu.(jangan marah ya) . Lupa sorang lagi….aman yang pi mekah ngan orang sudan..tak dapat nak rasa pi mekah bersama mama baba..makan buah zaitun ja..best!

Sama2 berdoa!

Wednesday, July 2, 2008

jangan beralasan..

oleh: abu huzaifah


Kekuatan Islam semakin lama semakin tergugat dan pudar. Tersepit di celah undang-undang wadh’ei(buatan manusia) yang mengaburkan mata manusia. Hati-hati menjadi semakin malap dilindungi kilauan dunia yang palsu semata-mata. Masa semakin jauh menyedarkan kita tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Manusia semakin lalai, tidak sedar tentang tugas sebenar mereka. Kita tidak hairan jika mereka ini orang-orang kafir dan kufur dengan perintah Allah kerana mereka hanya menyeru kepada kemungkaran dan kesesatan yang nyata. Amat menyedihkan apabila kita sedar bahawa mereka ini terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan masyarakat sekeliling kita yang beriman kepada Allah ta’ala dan rasulNya. Mereka bersikap nafsi-nafsi bak kata pepatah “kubur lain-lain”, hanya memperbaiki diri sendiri dengan tanggapan dapat melepaskan diri sendiri dari ancaman dunia dan akhirat.

Ada diantara mereka yang mempunyai tanggapan bahawa jika dia sudah memperbaiki dirinya maka ia sudah tidah berkewajipan lagi untuk memperbaiki orang lain. Hujah yang digunakan ialah ayat al-quran:

Firman Allah ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)

Hujah ini hanya digunakan oleh orang-orang yang suka bermalas-malasan, hanya suka mengasingkan diri, takut dan pengecut untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Mereka merasa cukup bagi mereka beramal untuk diri mereka tanpa menghiraukan yang lain. Ini bermakna mereka mempunyai sikap mementingkan diri yang hanya akan membinasakan diri mereka sendiri. Tidak faham dan tidak tahu membezakan antara hukum fardhu dan sunat atau penting dengan yang lebih penting.

Tanggapan itu adalah suatu fahaman yang salah terhadap maksud ayat ini kerana ayat ini tidaklah bermaksud melarang kita daripada menyuruh kepada al-ma’ruf, melarang al-mungkar atau berjihad. Tetapi sebenarnya ayat ini menceritakan tentang orang-orang yang sesat di mana kesesatan mereka tidak akan membabitkan kita di sisi Allah ta’ala kerana mereka bertanggungjawab sendiri di atas perbuatan masing-masing dan kita bertanggungjawab sendiri atas perbuatan kita. Sesungguhnya para salafussaleh telah mentafsirkan ayat ini dengan tafsiran yang lain daripada orang-orang itu. -Jundullah, Said Hawwa

Daripada Qois bin Abi Hazim berkata, Abu Bakar r.a sesudah beliau menaiki mimbar dan memuji Allah, beliau berkata: Wahai manusia sesungguhnya kamu membaca ayat “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” Sesungguhnya kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka semua.

Dikeluarkan oleh ibnu Jarir daripada Sa’id bin Musayyab berkata tentang ayat itu: Apabila kamu sudah menegakkan al-ma’ruf dan mencegah al-mungkar, barulah tidak membahayakan kamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk. Huzaifah bin al-yaman pun menafsirkan perkara yang sama tentang ayat berikut. Orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang mengambil Islam sebagai manhaj hidup secara syumul(menyeluruh) dan Islam tidak akan bersifat syumul tanpa dakwah amrbilma’ruf wannahyu‘anilmungkar.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa kita dituntut melakukan dua perkara:

1- Merelakan diri untuk diperbaiki dalam proses tarbiah.

2- Beramal menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dalam proses dakwah.

Dua proses yang amat berkait rapat untuk perkembangan Islam. Bangunlah dan buanglah semua tanggapan salah tentang Islam. Islam bukanlah satu agama yang statik dan hanya berada pada satu tempat, tetapi ia adalah agama yang bergerak ke seluruh tempat dan zaman, risalah yang diperjuangkan sebenarnya untuk sekalian umat di bumi. Bergeraklah dan bertiuplah seperti angin, bukan seperti buih-buih yang hanya bertebaran di pandangan mata, tetapi hanya dalam waktu yang singkat!!!...

Saturday, June 28, 2008

Baba n Mama TERCINTA!!!

Kami Rindu Mama n Baba!!!!



ikhlaskan dirimu...

ikhlaskan dirimu...

Ikhlas diambil dari makna suci, murni dan tidak dicampur oleh sesuatu yang lain demi menjaga kesucian daripada tercemar. Ibarat kain putih yang belum dinodai oleh sesuatu. Ikhlas merupakan sifat pertama yang wajib ada bagi setiap orang yang inginkan peningkatan kualiti iman dan diri. Pada keluaran lalu telah dibicarakan bahawa proses tarbiah amat memerlukan beberapa individu dan rijal yang mempunyai beberapa sifat-sifat asas, sudah pasti ikhlas adalah sifat pertama yang perlu ditanam dalam setiap diri generasi tarbiah.

Ikhlas yang akan membezakan amalan sama ada ibadah ataupun adat. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama" (az-Zumar : 11) Jika kita berazam ingin merubah diri kepada syakhsiah yang lebih baik, ikhlas ialah titik permulaan yang amat penting. Hanya memerlukan beberapa kefahaman dengan adanya susulan amalan yang berterusan.
Kepentingan ikhlas dalam tarbiah.

1-Setiap amalan hanya kerana Allah ta’ala semata-mata.

Ikhlas tempatnya hati. Ia juga satu-satunya rahsia diantara Tuhan dengan empunya hati hatta syaitan dan malaikat pun tidak mengetahuinya. -Junaid dalam kitab madarij salikin. Mengapa hati?...Di sinilah tumpuan serangan-serangan musuh utama manusia iaitu syaitan yang sentiasa cuba merosakkan syakhsiah muslim. Apabila rosaknya hati maka rosaklah marhalah tarbiah islamiah.

Isi tarbiah merangkumi seluruh kehidupan muslim. Tarbiah islamiah ialah dengan menjadikan kehidupan ini berada dalam kekuasaan Allah ta’ala dan menyerahkan jiwa raga hanyalah kepada Allah. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)." (al-An'am :162,163)

2-Menjelaskan tujuan tarbiah

Memusatkan setiap amalan kerana Allah ta’ala dengan mengenepikan segala habuan dunia yang tersasar. Jelas bagi kita hanyalah islam yang kita bawa dan halatuju yang sebenar ialah mencari keredhaan dan syurga Allah ta’ala. Imam al-Muhasibi rahimahumullah berkata:

الإخلاص إخراج الخلق من معاملة الله تعالى، والنفس أول الخلق
“Ikhlas ialah mengeluarkan sesuatu benda dalam hubungan dengan Allah ta’ala, dan nafsu adalah benda yang pertama.”

Adakah kita masih ingat apa yang berlaku dalam perjanjian Aqobah? Setelah selesai perjanjian, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang habuan hasil persetujuan tersebut. Nabi s.a.w menjawab: Ganjarannya hanyalah syurga. Dengan tujuan itulah mereka pulang membawa isi kandungan bai’ah untuk memberikan didikan dan tarbiah kepada penduduk Madinah sehingga berjaya mengislamkan lebih kurang beberapa puluh rijal semasa hijrah nabi ke Madinah. Hasil yang lumayan… hanya demi meraih syurga.

3-Menjauhi syirik kecil dan besar.

Fudhail bin ‘Iyadh berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas ialah menyelamatkan engkau oleh Allah ta'ala daripada kedua-duanya.

Tiada dosa yang akan diampunkan Allah ta’ala selain syirik.bukan sahaja syirik besar, malah syirik kecil seperti riak juga dihitung Allah ta’ala kerana ia umpama hijab yang melindungi amalan daripada diterima Allah. Riak juga termasuk dalam sifat orang munafik. Firman Allah ta’ala: “Mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (an-nisa’ : 142)

Dalam sunan ibn Majah meriwayakan daripada ‘Aus bin Shaddad : Aku pernah melihat Nabi s.a.w menangis. Aku bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis ya Rasulullah. Rasulullah pun menjawab: Aku takut syirik yang akan menimpa umatku. Bukanlah syirik mereka yang menyembah patung-patung atau matahari atau bulan ataupun batu-batu. Tetapi mereka ialah yang riak(suka menunjuk-nunjuk) dalam amalan mreka.
Tanda-tanda ikhlas:

1- Rasa kekurangan pada diri dan tidak tertipu dengan amalan.

Firman allah ta'ala: “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut(wajilah), (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka." (al-Mukminun : 60)

Daripada ayat di atas, Imam Ahmad meriwayatkan bahawa saidatina 'aisyah berkata: makna orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut(wajilah) ialah mereka yang mencuri, berzina, minum arak dalam keadaan mereka takut kepada Allah ta'ala. Rasulullah menjawab: Bukan begitu wahai anak perempuan as-siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang menunaikan solat, puasa dan bersedekah dalam keadaan takut kepada Allah ta'ala.

Sentiasa merasa kekurangan pada diri berbanding orang lain. Daripada kinanah bin jiblah berkata: abu bakar bin Abdullah berkata: jika kamu melihat orang yang lebih tua dari kamu, katakanlah: dia telah mendahului aku dengan iman dan amal soleh. Maka dia lebih baik dariku. Dan apabila melihat orang yang lebih muda darimu, katakanlah: aku telah mendahuluinya dengan dosaku dan maksiatku. Maka dia lebih baik dariku.

2- Tidak menghiraukan pujian dan celaan

Tidak merasa suka apabila dipuji dan merasa sedih apabila dicela. Saidina Umar berkata: المدح هو الذبح maksudnya ialah: Pujian adalah seperti penyembelihan. Bermakna pujian boleh menyembelih atau menghapuskan niat asal kita. Ikhlas akan mengekalkan tujuan dan niat kita. Pujian akan meninggalkan dua perkara: 1-sifat takabbur dan 'ujub 2-perasaan gembira apabila dipuji sehingga bangkit sifat futur dan merasa cukup dengan perbuatannya.
Pernah seorang lelaki bertanya kepada Yahya bin Mu’az: Bilakah seorang hamba itu ikhlas? Beliau menjawab: Apabila sifatnya menjadi seperti bayi, tidak peduli siapa yang memuji atau mencacinya.

3- Menyembunyikan ketaatan

Ikhlas bukanlah sesuatu yang perlu ditonjolkan atau dikhabarkan kepada orang ramai, tetapi ikhlas ialah sifat yang tersembunyi Syabibah bin Nu’man berkata: Ali bin Hussin adalah seorang yang bakhil, setelah beliau meninggal dunia, didapati bahawa beliau telah memberi makan seratus ahli bait di madinah.

Kata imam al-Muhasibi rahimahumullah: Barangsiapa yang berusaha dalam sembunyinya Allah akan mewarisinya kebaikan dalam muamalahnya secara zahir, dan barangsiapa yang memperbaiki muamalahnya secara zahir serta berusaha menyembunyikannya Allah akan mewarisi hidayah kepadanya. Firman Allah ta'ala: "wallazina jahadu fina lanahdiyannahum subulana wainnallahalama'almuhsinin"

Cukup sahaja untuk kali ini beberapa perkara yang perlu kita fahami mengenai ikhlas. Seorang muslim tidak boleh terbatas hanya dengan teori dan maklumat yang ada, tetapi perlu disertakan dengan amal yang berterusan..Inilah buah atau hasil daripada iman yang benar. Ikhlaskan niat kita dalam setiap amalan, pasti kita tidak akan rugi. Kata imam al-Muhasibi rahimahumullah:

من صحح باطنه بالمراقبة والإخلاص زين الله ظاهره بالمجاهدة واتباع السنة
لا يصلح عبد إلا أصلح الله بصلاحه سواه، ولا يفسد عبد إلا أفسد الله بفساده غيره